Eat Travel By: Ad Ops August 22, 2019 @ 12:15am

Resipi daging yang pasti buat anda kecur liur!

Buntu memikirkan apakah masakan yang sesuai untuk daging, lebih-lebih lagi peti ais di rumah masih dipenuhi dengan daging korban. Apa kata anda cuba resipi daging yang mudah dan sedap ini.

Selamat mencuba!

Gulai Daging Daun Kesum

Penggunaan daun kari cukup sinonim dalam masakan gulai, namun resipi gulai daging ini agak berbeza kerana ia menggunakan daun kesum. Aroma harum daun kesum pasti akan memikat selera terutama apabila menikmatinya bersama nasi putih dan ulam-ulaman segar. Bagi mereka yang gemarkan hidangan gulai, resipi ini wajib dicuba.

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 15 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • (Cili kering, bawang merah, bawang putih & lengkuas dikisar bersama)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu makan kerisik
  • 5 tangkai daun kesum
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Hiris daging kepada saiz  kecil dan nipis. Basuh dan toskan.
  2. Masukkan daging, serbuk ketumbar, bahan yang dikisar dan air ke dalam periuk. Masak sehingga daging lembut.
  3. Masukkan santan pekat, kerisik, daun kesum dan garam. Masak sehingga mendidih dan agak pekat.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi: MyResipi

Daging Bistik

Resipi Daging

Foto: Butterkicap

Hidangan daging bistik bukan sahaja mudah untuk disediakan tetapi sedap dimakan seisi keluarga. Sesuai dan lebih enak dimakan bersama roti dan juga nasi.

Bahan:

  • 1/2 kg daging batang pinang (dipotong kiub)
  • 1/2 kg ubi kentang (dipotong dadu)
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 4 cm kulit kayu manis
  • Bahan perasa
  • Kacang pis untuk hiasan

Bahan (kuah):

  • 300 ml air
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar cili boh
  • 1 sudu besar tomato puri
  • 1 kiub stok daging

Bahan (dikisar):

  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara penyediaan:

  1. Gaul daging batang pinang bersama tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam.
  2. Kemudian perapkan daging selama 30 minit dan letak dalam peti sejuk.
  3. Panaskan minyak serta marjerin dalam kuali sehingga cair.
  4. Masukkan daging yang diperap tadi dan goreng sehingga perang. Angkat dan ketepikan.
  5. Kemudian, masukkan kayu manis serta bahan kisar dalam kuali yang sama dan tumiskan sehingga naik bau
  6. Masukkan pula ubi kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang separa empuk.
  7. Seterusnya, masukkan daging dan semua bahan-bahan kuah. Kacau rata, tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang dan daging empuk.
  8. Setelah itu, masukkan serbuk perasa dan taburkan kacang pis sebagai hiasan.
  9. Daging bistik siap untuk dihidang.

Kredit resipi: Butterkicap

Daging Bakar ala Thai 

Tidak lengkap rasanya hidangan daging jika tiada resipi daging bakar. Resipi enak ini dikongsi oleh Atisya Anuwa menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Bahan-bahan:

  • ½ kg daging
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • Kicap
  • Sos tiram
  • Garam
  • Gula

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih dan serai sehingga lumat.
  2. Gaul kesemua bahan bersama daging dan perap
  3. Bakar daging (Jangan bakar sehingga kering, biarkan ‘juicy’)

Bahan untuk pencicah:

  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit akar ketumbar
  • Daun ketumbar
  • Cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • Sos ikan
  • Gula
  • Limau nipis

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih dan akar ketumbar.
  2. Satukan semua bahan dan gaul rata.
  3. Hiris halus cili padi, siap!

Nota: Sukatan mengikut selera masing-masing. Pastikan cukup rasa pedas, masam, masin dan manis.

Kredit resipi: Atisya Anuwa 

Selamat memasak!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 May 2022
Featured Fri, 20 Mar 2020
Featured Wed, 18 Oct 2023

Lirik Lagu Nur Nilam Sari Ditukar Kepada Pinjam Seratus, M. Nasir Tak Ada Masalah

Terbaiklah Datuk M.Nasir! Pinjam seratus sat🤞🤞🤞

Featured Tue, 19 May 2020
Featured Thu, 15 Dec 2022
Featured Thu, 7 Apr 2022

“Denda RM100,000… COVID-19 Nak Masuk 3 Tahun, Kenapa Baru Sekarang?” – Netizen Pertikai Keperluan Memakai Pelitup Muka Perakuan SIRIM

Menurut pihak kerajaan, tujuan pemakaian pelitup muka SIRIM adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat..

Featured Tue, 7 Feb 2023

Cekal Hadapi Makian Netizen, Fyna Jebat Sedang Perbaiki Diri – “Suami Memang Beri…”

Okay guys Fyna sedang perbaiki diri.. Jangan terus mengecam ok! Doakan buat kebahagiaan rumah tangga Fyna & suaminya 🤩😌☺️

Featured Mon, 13 Sep 2021

Bergambar Bersama Kereta Mewah Ford GT, Hadiah Peribadi TMJ Buat The Pocket Rocket Man Undang Spekulasi Ramai

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan ganjaran kepada  kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man di atas pencapaiannya di Sukan […]