Categories: Eat Travel

Thailand Rancang Buat Eksperimen Dengan Menghantar Durian Ke Angkasa Lepas

Semua daripada kita sedia maklum bahawa, raja segala buah iaitu durian memiliki bau yang sangat menyengat! Disebabkan itu, buah ini dilarang dibawa masuk ke mana-mana pengangkutan awam sekalipun. 

Baru-baru ini, Thailand merancang untuk menghantar durian ke orbit untuk menguji ketahanan buah tersebut. Bukan itu saja, ia juga dibawa ke orbit untuk menyaksikan bagaimana buah durian ini dinikmati tanpa tarikan graviti. Lain macam betul rancangan mereka kan?

Foto: Era.je

“Kami mahu angkasawan boleh menikmati makanan Thailand, pada masa depan. Kami mahu melihat perubahan fizikal terhadap buah ini apabila ia kembali ke bumi.

“Mungkin ia akan berubah menjadi lebih kecil atau merekah,” kata jurucakap Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik (GISTDA) Thailand.

Buah durian tersebut akan dikeringkan dan ditutup dengan vakum untuk mengurangkan baunya. Agaknya apa akan jadi dengan eksperimen ini ya? Mungkin untuk tahun-tahun akan datang pokok durian pula akan ditanam di angkasa lepas. Siapa sangka kan?

Sumber: Era.je

tex_admin