Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 28, 2020 @ 10:38am

Ebit Lew kongsi gambar bidadarinya di depan rumah mewah mereka

Ebit Liew antara personaliti yang tular ketika ini gara-gara kecaman seorang ustaz yang bukan sahaja mempertikai perkongsian video Ebit ketika memberi sumbangan kepada fakir miskin, malah dituduh membeli kereta besar menggunakan duit sumbangan orang ramai.

Berikutan kecaman secara terbuka itu sebahagian besar masyarakat termasuk selebriti menyerang individu berkenaan menerusi laman sosialnya.

Individu itu kemudian tampil memohon maaf kepada warga siber dan mendakwa akaun sosialnya digodam bagi tujuan melaga-lagakan beliau dengan Ebit, namun isu berkenaan membekas dalam segelintir masyarakat sehingga ada yang menuduh pendakwah itu menyalahgunakan duit sumbangan.

Berikutan itu, Ebit tampil memberi penjelasan menerusi perkongsian terbaharu dalam Instagramnya, malah berkongsi gambar wanita yang digelar ‘bidadarinya’ yang selama ini menjadi tulang belakang dalam dakwahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun. Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya. Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia. Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat. Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad. Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Beliau akui, kejayaannya hari ini adalah hasil doa ibu bapa dan kasih sayang isterinya yang sentiasa merestui usaha beliau dalam berdakwah sambil membantu fakir miskin.

“Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah,” tulisnya.

Ebit yang menggelar isterinya sebagai bidadari menganggap kasih sayang isteri antara punca kejayaannya. (Kredit gambar: Instagram @ebitlew)

Sebelum ini, Ebit melahirkan kekecewaan menerusi akaun Instagramnya apabila dipanggil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberi keterangan berikutan tuduhan terbabit, malah seolah-olah merajuk sehingga menyatakan beliau akan menghentikan bantuan untuk fakir miskin.

Perkongsian itu mendapat liputan meluas media arus perdana termasuk beberapa tokoh seperti mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang memberi kata-kata semangat untuk Ebit meneruskan dakwahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by YB Menteri di JPM (Agama) (@drzulkifli.albakri) on

Dalam perkongsian baharu itu, Ebit turut berkongsi mengenai kisah hidupnya yang bangkit daripada kesusahan sehingga berjaya membina kehidupan yang lebih baik, sekali gus menepis kata-kata masyarakat yang beranggapan kehidupan pendakwah hanya bergantung pada sumbangan orang ramai.

“Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun. Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana-sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar.

“Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut, kasut pun buruk. Stoking tak ada. Masa tu susah betul. Duit gaji (diberikan kepada) dekat mak semuanya RM800 dengan banyak kerja.

“Saya walau ada sepinggan nasi kongsi dengan kawan. Ada orang masuk RM2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat RM2 tu. Besar nilai untuk saya,” tulisnya.

Meskipun berlainan agama, kasih sayang Ebit terhadap ibu bapanya tidak pernah berkurangan. (Kredit gambar: Instagram @ebitlew)

Menerusi perkongsian itu, Ebit menceritakan bagaimana beliau belajar untuk menjadi penceramah motivasi ketika bekerja dengan Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Mohd Hanim Tahir yang mengasaskan Excel Training & Consultancy (M) Sdn Bhd.

Sejak itu, beliau banyak terbabit dalam program bina semangat selama empat tahun sebelum mengambil keputusan untuk membuka syarikat sendiri.

Ebit yang berjaya membina nama sebagai penceramah dan jurulatih motivasi menerima jemputan daripada beberapa syarikat dan kementerian untuk menganjurkan pelbagai program seperti Program Keluarga Sunah dan Prokids Remaja di seluruh negara.

Ribuan masyarakat hadir ketika Ebit Lew mengadakan ceramah di Kemaman, Terengganu. (Kredit gambar: Instagram @ebitlew)

Selain itu, Ebit yang kini mempunyai 55 kakitangan turut mempunyai perniagaan makanan, butik, menulis sembilan buku dan mempunyai program di YouTube serta televisyen.

Beliau mengakiri perkongsian berkenaan dengan menitip panduan kepada orang ramai jika ingin berjaya dalam apa sahaja yang dilakukan.

“Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang.

“Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad. Sebarkan kasih sayang. Kaya di hati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa,” katanya.

Kredit gambar utama: Instagram @ebitlew

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Sep 2018

5 Kesan Buruk Jika Anda Kerap Tengok Handphone Sebelum Tidur

Telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis cahaya biru yang boleh merosakkan mata.

Featured Fri, 11 Apr 2025

Beraya Di Johor, Irfan Haris Bongkar Kisah Disebalik ‘Velocity Cinta’ Fattah Amin & Amira Othman – “Tak Sangka Abang Long Bagi Mini Love”

Pada mulanya Irfan terkejut apabila ibunya memasak hidangan sambal udang dalam kuantiti yang banyak

Featured Wed, 26 Apr 2023
Featured Thu, 20 Nov 2025

“Selamat Hari Lelaki, Muhammad Sajjad” – PU Rahmat Titip Pesanan Sinis Buat Sajat?

PU Rahmat mengucapkan ‘Selamat Hari Lelaki’ sambil menegaskan identiti sebenar usahawan itu.

Featured Mon, 13 Dec 2021

“Dia Nak Ikut IU Tu Pergi Zaman Goryeo” – Bagai Drama Scarlet Heart Ryeo, Lelaki Terjun Tasik Cermin Ipoh Timbulkan Pelbagai Reaksi Netizen

Tular sebuah video seorang lelaki terjun ke dalam Tasik Cermin di Ipoh, Perak baru-baru ini yang menimbulkan kemarahan dan pertanyaan warganet. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang lelaki berbaju hitam secara tiba-tiba memanjat […]

Featured Mon, 12 Sep 2022
Featured Thu, 8 Jul 2021

Nia Ramadhani Dan Suami Ditahan Polis, Akui Ambil Syabu Sejak 5 Bulan Lalu

Aktres jelita Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie dilaporkan ditahan oleh pihak polis hari ini berhubung dakwaan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Menurut sumber berita Indonesia, perkara itu diakui sendiri oleh pasangan suami isteri itu ketika […]

error: Content is protected !!