Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops August 22, 2018 @ 11:20am

Eh! Kenapa Anak Marah Diana?

Haa, jangan terkejut!

Anak sulung pelakon, Datin Diana Danielle iaitu Muhammad, pernah memarahi ibunya gara-gara mengubah imej.

Oleh sebab itu, Diana akan memaklumkan permata hatinya itu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berambut pendek dalam filem, Gol dan Gincu 2.

“Saya bersedia memotong rambut, tetapi harus mempunyai sebab. Jika sengaja mahu potong pendek untuk mengubah imej, memang saya tidak berani. Che Mad (Muhammad) akan marah jika saya nampak lain.

“Disebabkan itu, saya beritahu dia awal-awal apabila terpaksa memotong rambut untuk filem ini. Dia perlu faham saya berambut pendek atas tuntutan kerja.

“Nur Aurora pula tiada masalah, malah tidak kisah dengan penampilan saya. Baginya, sama ada berambut panjang atau pendek, saya tetap ibunya. Cuma, untuk mengubah imej secara drastik demi kepuasan diri, saya tidak berani buat.” Katanya

Memegang watak utama, Zak dalam produksi terbitan Red Films, Diana menafikan tanggapan ramai dia menggantikan Nur Fazura yang melakonkan watak Putri dalam filem pertama yang dihasilkan 13 tahun lalu.

“Saya tidak boleh bercakap apa jika nanti karakter Zak akan dibandingkan dengan Putri yang dibawakan Fazura dulu. Ini kerana watak kami berbeza.

“Kehadiran saya dalam filem ini juga bukan untuk bersaing dengan sesiapa. Secara peribadi, saya terima tawaran ini kerana impak yang ditinggalkan filem pertama. Saya hanya menyambung usaha produksi terdahulu.

“Jalan cerita filem ini juga tidak sama dengan produksi pertama, biarpun masih memberi fokus kepada futsal dan fesyen. Saya bukan peminat futsal atau bola sepak, tetapi demi lakonan, saya bersedia menggalas apa sahaja cabaran yang datang.” Jelasnya 

Filem yang mengangkat kisah wanita itu masih mengekalkan pelakon asalnya, Sharifah Amani dan Sazzy Falak selain turut membariskan Ummi Nazeera, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir.

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 Oct 2022
Featured Sat, 30 Oct 2021
Hiburan Mon, 20 Nov 2017

SINGLE KEDUA DSV LAGI VASSS?

Walaupun album pertamanya mendapat pujian dan kecaman daripada netizen namun, ia langsung tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memeriahkan industri hiburan tanah air.

Featured Wed, 15 Feb 2023

Tak Mahu Dihantui Kisah Silam, Fizi Ali Menyulam Cinta Bersama Rakan Niaga – “Dia Adalah Wanita Yang…”

Wahh, dah jumpa pengganti. Paling best anak dan kekasih Fizi boleh jadi geng!

Hiburan Sun, 1 Dec 2024

Famili Duo 4: Lepas Kena Marah, Mas Idayu ‘Happy’ Dengan Persembahan Didi Astillah & Thamiera – “Mummy Nampak Usaha Awak….”

Mas Idayu puas hati persembahan Didi Astillah dan Thamiera di Famili Duo 4 minggu keenam

Hiburan Wed, 24 Jan 2024

“Iya Saya Dan Fuad Masih LDR” – Farah Lee Perjelas Sebab Tinggal Berasingan Dengan Suami

Haa kenapa tu? Kita doakan Farah bahagia bersama suami & anak

Hiburan Tue, 3 Dec 2019

《SINCE 5566》马来西亚演唱会延期至2020年

原定于2019年12月28日举行的《 Since 5566 2019 马来西亚演唱会》由于后勤技术不可预见的因素,将延期至2020年6月13日。

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
error: Content is protected !!