Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 22, 2019 @ 8:49pm

Eina Azman Bawa Pembantu Menunaikan Umrah

Semakin ramai selebriti memilih untuk bercuti sambil beribadah di Mekah dan Madinah akhir-akhir ini seperti pelakon Zarina Zainuddin dan Che Puan Juliana Evans.  Pelakon Datin Paduka Eina Azman juga tidak terkecuali. 

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman (24) berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama keluarganya semalam dan membuat perkongsian itu di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdullillah, impian membawa keluarga menunaikan umrah akhirnya tercapai. Lebih bermakna, saya dapat berkongsi keseronokan itu bersama ibu dan bapa serta suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah. 

“Saya bukan mahu berahsia, sebaliknya hanya bersedia untuk berkongsi apabila semuanya sudah pasti.  Sudah lama saya simpan hasrat ini, syukur kerana dapat juga menunaikan impian murni itu,” kata Eina kepada BH Online. 

Memanjatkan rasa syukur kerana niatnya untuk membawa keluarga menunaikan ibadat umrah tercapai, Eina juga turut bermurah hati dengan membawa pembantunya bersama-sama.

“Alhamdullillah rezeki untuk mu bik Mega…sebelum ini saya ada ramai bibik Islam dan jauh lagi tua dan berusia dari bik Mega. Tapi Allah dah tentukan  memang rezeki dia datang bersama saya dan keluarga untuk kali ini. #OrangKuatSayaDiRumah ” tulis Eina sebagai kapsyen entri tersebut. 

“Doakan kesejahteraan kami sekeluarga sepanjang berada di Tanah Suci.  Lengkap rasanya pemergian ini apabila anak, Arianna Aubrey dan Karl Kareef turut bersama-sama menyertai kami,” katanya lagi. 

Bagus betul Eina, bukan sahaja berbakti kepada kedua orang tua dan berusaha untuk membahagiakan mereka selagi hayat dikandung badan, dia juga tidak lupa pada kakak dan pembantu yang menjadi tulang belakangnya di rumah supaya dapat bersama-sama menunaikan ibadah umrah bersamanya.

 

Kredit Foto: Instagram @eina_azman

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Are LOOΠΔ and TXT Possibly Connected?

The new discovery leaves Orbits and Young Ones dazed and confused.

Featured Mon, 4 Apr 2022
Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Pekin Ibrahim- Mona Allen Kahwin Dalam Majlis Tertutup?

Alhamdulillah jika benar…dalam diam-diam ya… Selamat Pengantin Baru untuk pasangan sejoli ini!

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
error: Content is protected !!