Euforia Bola 2026
Trending By: Halimey Zamal October 21, 2022 @ 10:55pm

Eleh He Eleh! Rupanya Lagu Viral Nyanyian Timah Ini Ciptaan Faizal Tahir

Lagu Eleh He Eleh nyanyian bintang cilik, Fatimah Noryyah Mohd. Noor Kosygin atau lebih mesra dengan sapaan Timah menjadi perbualan semenjak minggu lalu.

Persembahan Timah yang menyampaikan lagu terbabit di sebuah program televisyen menjadi perbualan ramai di media sosial semenjak minggu lalu.

@abeweaa__Macam Macam Lagu Sekarang😂🤦🏻♬ bunyi asal – ᗰᝪᕼᗩᗰᗩᗞ ᖇᏆᏃᑌᗩᑎ

 

Video yang dimuat naik di platform TikTok itu mendapat 1.6 juta tontonan dan lebih 69,000 tanda suka.

Lagu terbabit merupakan hasil ciptaan barisan komposer ternama negara seperti Faizal Tahir, Glowrush, Acap Salim, Nick Ariff dan Shah Shamsiri.

“Macam mimpi rasanya apabila kini saya kembali dengan single kedua, tidak terasa setahun sudah berlalu setelah single pertama ‘Ceria’ dilancarkan.

“Mungkin single terdahulu tidak ‘seceria’ yang diharapkan kerana dikeluarkan ketika negara kita masih lagi dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Bayangkanlah ketika itu semuanya dilakukan secara atas talian, dari perbincangan, ke proses rakaman sehinggalah sesi temubual, semuanya ‘online’!

“Namun perkara lalu sedikit pun tidak mematahkan semangat saya untuk terus menghasilkan single yang seterusnya dan Eleh He Eleh adalah hasil dari semangat juang saya yang sukakan bidang nyanyian,” kata penyanyi yang baru sahaja berusia 14 tahun ini.

Di usia yang masih muda, Timah sudah pun sibuk dengan pelbagai jadual seni dan turut menjadi sebahagian daripada program Astro Kasih ‘Walk For Education’ yang membantu pelajar sekolah di daerah pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Sebagai artis muda, saya sedar betapa pentingnya pelajaran, jadi saya perlu seimbangkan di antara kedua-duanya.

“Pihak Rocketfuel juga sangat berhati-hati dalam pemilihan lagu kerana di usia yang muda takkanlah saya hendak menyanyikan lagu tentang percintaan sahaja, macam tidak ‘kena’.

“Jadi pihak Rocketfuel yang mencadangkan lagu ini kerana melodi dan liriknya sesuai dengan umur saya.

“Eleh He Eleh bermaksud ekspresi pelbagai emosi yang sering kita tuturkan dalam kehidupan seharian oleh semua tidak mengira peringkat umur, sebagai contoh jika kita gembira, ketika marah atau apa-apa sahaja.

“Dalam lagu ini, maksudnya berbeza sedikit, ia menceritakan tentang seorang gadis yang malu-malu dengan ‘crush’ dan tertunggu-tunggu sama ada hendak disapanya atau tidak, ibarat cinta monyet di antara rakan sekolah,” katanya.

Proses rakaman yang bertempat di Studio Faithful Music mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan kerana terpaksa ditangguh beberapa kali atas sebab masalah kesihatan Timah yang kurang baik.

“Sepanjang proses rakaman dijalankan, abang Rushdan (Glow Rush) banyak memberi dorongan pada saya untuk menyanyi dengan lebih baik kerana energi yang dimilikinya tidak kenal erti penat membuat saya bersemangat untuk berikan yang terbaik, jadi memang ‘best’ bekerja dengan dia!”

“Semoga lagu ini dikenali bukan sahaja di Malaysia, bahkan di Indonesia, Singapura dan juga Brunei, serta menjadi bualan dan siulan remaja seusia saya dan juga semua orang.

Lagu ini boleh di strim di semua pelantar digital kegemaran seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox, Deezer dan juga boleh dimuat turun di iTunes Store.

 

Manakala video muziknya (MV) pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Nov 2022

“Itu Mak Iti! Mak Iti Buat Video!”- Gelagat Aafiyah Panggil Siti Nurhaliza ‘Mak Iti’ Curi Tumpuan Netizen

Pasti ramai yang mengenali anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah yang sering mencuri tumpuan netizen dengan gelagat comelnya. Terbaharu, tular hantaran seorang pengguna TikTok bernama @watieysoong yang berkongsi video Siti sedang merakam […]

Cahaya Mata Mon, 29 Aug 2022
Trending Fri, 1 Mar 2019

Tunjuk ****** Safiey Illias Nak Buktikan Apa Tu?

Inilah dia tanda-tanda manusia diakhir zaman

Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Kenyataan ‘Jangan Bergaul Dengan Orang Dari Broken Home’, Shila Amzah Tegur Stigma Negatif Netizen – “Kami Juga Layak Dicintai”

Shila Amzah meluahkan rasa syukur kerana akhirnya menemui kelompok rakan yang saling memahami

Hiburan Sat, 11 May 2024
Trending Thu, 21 Jun 2018

Restaurant Goes Bankrupt After Running All-You-Can-Eat Promo

The customers really tried to eat all they could.

Featured Tue, 7 Jan 2025

Nonny Nadhirah Buat Hal Lagi! Tampil Pakai Baju Dalam Hitam & Nyanyi Lagu Arab

Nonny memaklumkan dia juga mahu belajar bahasa arab menerusi lagu tersebut.

Featured Tue, 29 Nov 2022
error: Content is protected !!