Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari July 14, 2023 @ 1:39pm

“Tiba-Tiba Nak Buat Rayuan” – Menang Kes Harta Sepencarian, Marissa Yasmin Kecewa Bekas Suami Ubah Keputusan Asal

Pelakon, Marissa Yasmin meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya, Muhzir Mohd Zainuddin membuat rayuan di mahkamah untuk mengubah keputusan asal yang telah diputuskan pada 2020.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan mahkamah menyatakan bahawa Marissa memperoleh harta sepencarian berbentuk rumah, pembahagian harta (kereta) dan hutang bekas suami kepadanya perlu dibayar semula.

“Benda ini selesai pada 2020 dan sepatutnya selepas mahkamah buat penghakiman, kena buat pelaksanaan. Saya naik turun mahkamh untuk kes harta sepencarian pun memakan masa lima hingga enam tahun.

“Bila dapat keputusan penghakiman, saya rasa lega sikit. Tiba-tiba dia nak buat rayuan minta kurangkan lagi.

“Bagi saya tak apa, nak buat macam mana lagi. Di pihak mahkamah pula memang ada platform untuk mereka buat rayuan,” katanya.

Sebelum ini, mengikut keputusan mahkamah, pelakon drama Roxy ini memperoleh 75 peratus haknya manakala bekas suami sebanyak 25 peratus dalam pembahagian rumah yang dianggarkan bernilai RM1 juta.

“Ada juga sejumlah wang yang dia berhutang dengan saya, dia kena bayar balik. Kami ada kereta dan ia jatuh harta sepencarian perlu kena bahagi. Ada tiga kereta dan masing-masing dapat bahagian seorang sedikit.

“Tapi yang itu saya pun tak tahu apa jadi dengan kereta. Cuma sekarang tunggu dokumen daripada pihaknya sebagai perayu dan dari situ saya akan tengok sama ada pendaftar mahkamah luluskan atau tidak.

“Satu perkara saja saya minta. Apa saja yang mereka nak kemukakan, tak boleh lain dari apa yang pernah kita bicarakan di mahkamah dulu. Saya nak selesaikan secepat mungkin dan tak nak ingat lagi. Masing-masing perlu gembira pada masa depan,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Marissa sah bercerai talak satu dengan Muhzir pada 14 Januari 2016.

Namun begitu, penceraian mereka itu berlaku konflik apabila Muhzir bertindak memfailkan empat saman terhadapnya.

Walaubagaimanapun, keputusan akhir mahkamah berpihak kepada Marissa dan memenangi kes pada 2020.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Sat, 16 Dec 2017

Baju Macam Kena Belit Ular Sawa Ella DiKritik

Ella Dikritik Baju Macam Kena Belit Ular Sawa yang dikatakan tidak kena dengan imej rock penyanyi itu.

Trending Wed, 24 Jan 2024

Simpati dengan Arwah Bella, Ebit Lew Imamkan Solat Jenazah & Hulurkan Sumbangan Buat Ahli Keluarga

Terima kasih Ustaz! Takziah buat keluarga semoga arwah Bella dalam kalangan orang beriman.

Hiburan Sat, 7 Aug 2021

Masih Belum Sedarkan Diri, Shuib Kongsi Perkembangan Terkini Siti Sarah – “Malam Tadi Oksigen Turun, Sebentar Tadi Ada Peningkatan”

Penyanyi dan usahawan Siti Sarah Raissuddin masih belum sedarkan diri selepas ditidurkan semenjak semalam kerana tahap oksigen menurun. Suami Sarah, pelawak Shuib Sepahtu menerusi kemas kini terbaru di ruangan Instagram Story berkongsi mengenai perkembangan isterinya […]

Trending Mon, 9 Jul 2018

Kuala Lumpur’s Homeless People Receive New Life by Becoming Tour Guides

It’s a good opportunity to reduce the amount of homeless people living on the streets.

error: Content is protected !!