Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 2, 2025 @ 2:36pm

Elliza Razak Berang Masih Dikaitkan Dengan Hutang Bekas Suami – “Saya Dah Bercerai! Jangan Cari Saya!”

Pelakon dan penyanyi, Elliza Razak meluahkan rasa marah selepas terus-menerus diganggu pihak yang mencari bekas suaminya, Khairul Adzwan Nasir berhubung isu hutang.

Dalam satu hantaran terbaharu di Instagram hari ini, Elliza menegaskan dia sudah bercerai dengan bekas suami pada Februari 2024 dan tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan lelaki itu, termasuk urusan kewangan.

“Saya dah divorce! Tak ada kena mengena dengan ex husband dah! Saya pun tak tau dia duduk mana!” luah Elliza di Instagram.

Lebih memeritkan, Elliza mendedahkan dia masih dihujani mesej-mesej pelik daripada individu yang mencari bekas suaminya, termasuk yang kedengaran seperti ‘ah long’ menuntut hutang.

Lebih mengejutkan, penyanyi lagu Urai itu turut mendedahkan hutang terhadap dirinya sendiri juga tidak dibayar oleh bekas suami, termasuk nafkah anak-anak yang tertunggak sejak empat bulan lalu.

“Please la pada yang nak cari dia dan mintak hutang please jangan cari saya! Saya tak tau apa-apa pun pasal hutang dia! Hari ni banyak masuk message lagi orang cari dia. Bunyi macam Ahlong mintak hutang pun ada.

“Ni hutang saya pun dia buat bodoh je! Nafkah anak pun tak di bagi empat bulan dah,” tulisnya. saya nak mintak tolong jangan ganggu saya dan anak-anak dah. Please,” tulisnya.

Hantaran penuh emosi itu turut menyampaikan permintaan ikhlas agar orang ramai tidak lagi mengganggu ketenteraman hidupnya dan anak-anak, apatah lagi selepas sah berpisah.

Terdahulu, Elliza pernah meluahkan rasa kecewa terhadap bekas suaminya menerusi laporan media bertarikh Mei lalu, apabila menuntut lelaki itu agar lebih bertanggungjawab dalam hal kebajikan anak-anak, termasuk soal nafkah.

Elliza juga pernah mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang perkahwinan dengan bekas suami.

Dikurniakan sepasang cahaya mata, pelakon drama bersiri Kisah Kaisara itu mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011, namun disahkan bercerai pada Februari tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 May 2023
Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Neelofa Sekali Lagi Ke Pentas Antarabangsa?

Usahawan, pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor, melebarkan sayapnya ke pentas antarabangsa menerusi fesyen muslimah.

Hiburan Mon, 28 Apr 2025
Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Aznil Buka Mulut Tentang #KekeChallenge

Kenapa Datuk Aznil Nawawi membuka mulut mengenai ‘Keke Challenge’? Hurm…

Trending Thu, 14 Apr 2022

‘The Most Wanted’ Nicky Liow Akhirnya Serah Diri

Nicky Liow akhirnya serah diri setelah setahun lebih diburu.

Featured Mon, 8 May 2023
error: Content is protected !!