Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 28, 2022 @ 7:08am

Elon Musk Bersetuju Beli Twitter, Perlu Bayar RM4.3 Bilion Jika Batal Pembelian

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk bersetuju membeli Twitter dengan bayaran tunai AS$44 bilion (RM1.9 trilion).

Namun, Musk perlu membayar Twitter sebanyak AS$1 bilion (RM4.3 bilion) sebagai yuran pembatalan jika bilionair itu batalkan pembelian syarikat media sosial tersebut.

Sekiranya urus niaga itu gagal kerana isu ekuiti, hutang atau gagal mendapat pembiayaan hutang, yuran pembatalan tersebut merupakan salah satu syaratnya.

Kelmarin, Twitter memaklumkan Musk berjaya memperoleh hutang dan pembiayaan sebanyak AS$25.5 bilion (RM1.1 trilion) serta mampu untuk menyediakan komitmen ekuiti berjumlah AS$21 bilion (RM91 bilion).

Selain itu, Twitter juga perlu membayar kadar yang sama jika membatalkan perjanjian dengan Musk dan mencari tawaran lain, menurut dokumen yang difailkan.

Menurut dokumen sama, urus niaga akan terbatal jika tidak diselesaikan menjelang 24 Oktober ini tetapi tarikh tersebut boleh dilanjutkan selama enam bulan lagi untuk memenuhi syarat berkaitan termasuk kelulusan pelaburan asing.

Pentas media sosial yang mempunyai jutaan pengguna termasuk pemimpin global itu akan berpindah milik ke tangan individu terkaya dunia jika pembelian itu berjaya.

Sumber: Berita Harian

Kredit foto: Assocoated Press

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 6 Feb 2020
Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Trending Sun, 25 Nov 2018

Lelaki Maut Kemalangan 405.6KM Lembah Beringin – Tanjung Malim

Siapa salah adakah konvoi motosikal, lori mahupun kereta exora yang kebetulan membantu motosikal yang rosak. Salam Takziah

Featured Fri, 5 May 2023

Didakwa Hamil Anak Kedua? Ini Penjelasan Ernie Zakri…

Aww! Kalau betul, kita doakan yang baik-baik saja buat Kak Ninie!

Trending Tue, 10 Apr 2018

9 Mei Cuti Peristiwa, Jom Turun Mengundi!

Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi akaun rasmi Facebooknya selepas pengumuman tarikh-tarikh penting Suruhanjaya Pilihan Raya oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah di sini hari ini.

Hiburan Mon, 9 Mar 2026
error: Content is protected !!