Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 9, 2018 @ 5:31pm

Emma Tak Risau Dengan Gelaran Ratu…

Aura aktres jelita, Emma Maembong masih ‘berbisa’ walaupun muncul ramai pelakon baru dalam industri hiburan pada masa ini.

Buktinya, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail berjaya mempertahankan gelaran Ratu Telenovela buat kali kedua pada malam Anugerah Telenovela 2018.

“ Alhamdulillah…Saya memang tak sangka sebab saya fikir nak balik dah waktu itu. Memang terkejut sebab tahun lepas saya dah menang. Saya gigil tak percaya ketika naik pentas.

“ Tak ada apa yang perlu saya risaukan sekiranya orang label saya sebagai Ratu Telenovela (memandangkan dah dua kali menang kategori sama)

“ Saya anggap ia sebagai rezeki saya yang sibuk di set penggambaran dan sudah tentu doa daripada ayah,” katanya kepada xtra.com.

Tambah Emma, anugerah Ratu Telenovela ini akan dijadikan sebagai pemangkin agar terus berusaha memberikan persembahan terbaik dalam lakonan pada masa akan datang.

“ Anugerah ini patut dibanggakan kerana ia bukan dipilih atas undian populariti. Anugerah ini diberikan atas markah daripada pelakon-pelakon otai. Sudah tentu saya bangga,” katanya.

Pelakon berusia 26 tahun ini mengetepikan pelakon wanita popular lain yang turut bersaing seperti Fazura, Farah Nabilah, Neelofa dan Hannah Delisha.

Dalam masa sama, Emma juga berjaya membawa pulang trofi bagi kategori Pelakon Serba Dinamik dan Komited.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Jun 2022

“Janin Keluar Atas Tapak Tangan, Rasa Pergerakan Sebelum Tali Pusat Dipotong..” Rafidah Ibrahim Keguguran

Innalillah, berat ujian Rafidah kali kedua keguguran. Paling sayu, janin bayi seakan tahu dia berada atas tangan ibu 😭😭 Min doa agar terus diberi kekuatan ❤️🥺

Hiburan Wed, 11 Dec 2024
Hiburan Fri, 14 Dec 2018

Pakai Seksi? Thank You, Next!

Kalau boleh saya tidak mahu lagi memakai pakaian mencolok mata sesuai. Ia juga salah satu persediaan sebelum bergelar seorang isteri.

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

鍾瑾桦5位数加盟环球音乐「找准定位再谈奖项」

Alvin鍾瑾桦5位数加盟大马环球音乐,全经纪约发展空间大,横跨多领域成全能艺人!对于奖项他直言不抱期望,只要找准定位、充实自己,当做好自己时,自然会有人认同。

Featured Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Sat, 25 Jan 2025
Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Mon, 23 Feb 2026

“Doktor Minta Kami Bersedia…” – Amyza Aznan Bawa Anak Sulung Pulang Dari Hospital, Hanya Harap Keajaiban

Amyza turut merayu bantuan dan doa daripada orang ramai, termasuk mereka yang mempunyai kepakaran dalam rawatan alternatif.

error: Content is protected !!