Trending By: Yanie Baharom April 29, 2020 @ 2:00pm

Giuseppe Zanotti dedah rekaan kasut perkahwinan, Neelofa sudah dilamar?

Sebahagian daripada 7.1 juta pengikut selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa), menjadi saksi utama melihat kasut perkahwinannya dilakar oleh pereka terkenal, Giuseppe Zanotti.

Giuseppe Zanotti, secara spontan mendapat idea dan membuat lakaran kasut itu secara langsung menerusi program temu bual menggunakan platform Instagram Live yang diperkenalkan Neelofa seawal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketika melihat hasil lakaran penuh kasut perkahwinannya, pelakon, pengacara dan usahawan itu kelihatan sangat teruja serta terharu.

Foto: Instagram Neelofa

Foto: Instagram Neelofa

Giuseppe juga sampai memuji figura Neelofa yang masih solo sebenarnya dan mendoakan dia bertemu jodoh yang baik.

“Saya rasa anda layak mendapat seorang suami yang hebat kerana anda seorang yang hebat, cantik, baik dan sangat-sangat elegan,” katanya.

Program temu bual berdurasi 30 minit itu, dimulakan Neelofa dengan bertanya khabar, malah Neelofa turut menggunakan beberapa perkataan dalam bahasa Perancis yang turut mengagumkan pereka fesyen terkemuka itu. Giuseppe menyifatkan slanga Perancis Neelofa adalah sempurna.

Topik menarik yang dibicarakan mereka, antaranya adalah keadaan COVID-19 di Itali, pengalaman pertama kali bertemu, pesanan berharga ibu Giuseppe dan kolaborasi pereka itu bersama selebriti popular dunia termasuklah Jennifer Lopez, Kanye West dan rekaan kasut tumit tinggi bernama ‘Liza’.

Liza adalah sepatu ikonik rekaan Giuseppe yang dikeluarkan kembali tahun lalu, sempena kolaborasi perdana antara beliau dan Neelofa.

Neelofa sempat memaklumkan kepada Giuseppe, kasut pereka itu habis dijual dalam masa sehari.

Rata-rata netizen amat berbangga dan teruja apabila menonton siri temu bual bersama Giuseppe Zanotti, yang sinonim sebagai pereka kasut selebriti kelas A Hollywood.

Bintang-bintang dunia yang pernah menggayakan koleksi beliau termasuklah Kim Kardashian, Heidi Klum, Bella Hadid, Anne Hathaway, Rita Ora dan ramai lagi.

Program Instagram Live bersama Neelofa sebelum ini mendapat reaksi yang sangat baik daripada masyarakat umum, kerana pernah mengundang tokoh negara seperti mantan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad; Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rossa dan ramai lagi.

Foto: Kool FM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Mar 2024
Featured Thu, 20 May 2021

“Janganlah Penjarakan…” – Mawar Rashid Luah Rasa Simpati Terhadap Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa dan suaminya, PU Riz atau Haris Ismail sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila dikatakan tidak serik melanggar prosedur operasi standard (SOP). Kesalahan demi kesalahan yang dilakukan oleh Neelofa membuatkan […]

Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Hiburan Wed, 23 Nov 2022

“Lupa Nak Turn!” – Gelagat Neelofa & Nurin Afiqah Ikut Trend TikTok Buat Netizen Terhibur

Pempengaruh Nurin Afiqah sedang mengikuti trip bersama dengan Neelofa untuk sebuah jenama yang diusahakan oleh selebriti itu. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Nurin di laman TikTok sehingga berjaya meraih perhatian. Menerusi […]

Trending Fri, 3 Apr 2020
Hiburan Fri, 10 Nov 2023

Disindir ‘Terpaling Pearl’ Gara-Gara Kongsi Tips Fesyen, Madammu Beri Penjelasan

Netizen memang terpaling kreatif tau! Apa kata Madammu?

Trending Mon, 14 Sep 2020

Semua Sekolah Di Kedah Bakal Ditutup

Sama-sama kita tunggu pengumuman nya okay!

Featured Mon, 13 Feb 2023