Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 22, 2024 @ 5:24pm

Dah Tak Sehaluan, Elliza Razak Bercerai Sejak Februari Lalu – “Jangan Cari & Ganggu Saya Dengan Anak-Anak”

Bintang program realiti Akademi Fantasia 3, Elliza Razak mendedahkan rumah tangganya yang terbina selama 12 tahun bersama Khairul Adzwan Nasir sejak Februari lalu.

Elliza yang juga merupakan pelakon dan penyanyi memaklumkan perkara berkenaan menerusi satu hantaran panjang di TikTok miliknya semalam bagi menjawab segala persoalan ramai mengenai rumah tangganya itu.

“Kepada sesiapa yang ada berurusan dengan bekas suami saya (since 6 Feb 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya), sila contact dia direct je okay?

“Cukup lah sampai sini sahaja jodoh kami selama 12 tahun 2 bulan sahaja kerana kami dah tak sehaluan dan tak bersefahaman.. Saya pun tak nak bukak aib masing-masing.

“Jangan cari and ganggu saya dan anak-anak dah.. Mohon nama saya dah tak terpalit dengan dia dan mohon trunkan gambar yang ada muka saya dan anak-anak ya..,” katanya.

Elliza Razak

Tidak mahu terlibat dalam sebarang urusan, Elliza turut berharap agar ramai pihak henti bertanya mengenai keberadaan bekas suaminya itu.

“Jangan tanya saya dah dimana dia berada kerana saya pun tak tau dan dia tak berikan detail alamat dia pun..

“Saya tak ada apa-apa ikatan dah dengan dia dan saya pun tak tau dan tak terlibat dengan apa-apa aktiviti urusniaga yang dilakukan oleh dia dari dulu hingga sekarang,” katanya.

Elliza Razak

Ibu anak dua ini turut berharap ramai pihak untuk terus mendoakannya dan anak-anak, terutamanya mengenai kesihatan mental mereka.

“Hanya pohon doa dari kalian semua agar apa yang saya sedang perjuangkan sekarang ini untuk saya membesarkan anak-anak saya semuanya dipermudahkan..

“Doakan kami dilindungi dan mental health kami elok-elok sahaja terutama anak-anak saya..

“Diakan kami dapat membina kebahagiaan tiga beranak ni sehappy-happy nya.. So lepas dari ini, saya nak fokus menjaga anak-anak sebaik-baiknya..

“Dan juga lebih menjaga diri dan hati saya sendiri untuk meneruskan mencari rezeki yang halal untuk membesarkan anak-anak sayang saya ni..,” tulisnya lagi.

Elliza Razak

Sekadar info, Elliza mendirikan rumah tangga sejak 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 10 Dec 2018

“Rindu Sebagai Seorang Kawan” – Sharifah Rose

Sudah berdamai, namun bukan kembali bercinta dengan Ismail Izzani.

Featured Tue, 20 Apr 2021

Sedih Melihat Keadaan Ayah, Ebit Lew Mohon Doa Orang Ramai

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memohon orang ramai untuk menitipkan dia buat ayahnya yang kini sedang sakit. Menerusi perkongsian di laman Facebook, Ustaz Ebit Lew berkongsi kisah mengenai kesihatan ayahnya yang semakin merosot sehingga menganggu […]

Featured Wed, 8 Jun 2022
Trending Tue, 21 Jul 2020
Featured Fri, 24 Sep 2021

“Kita Tak Hidup Nak Sukakan Orang, Hanya Sukakan Allah” – Ebit Lew

Walaupun namanya terpalit dengan pelbagai kontroversi, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) dilihat tetap tenang dan masih mengunci mulut. Baca artikel berkaitan: “Memang Sebab Pertahankan Agama Atau Dendam & Dengki?” – Netizen Persoal Niat Pihak Tertentu Didakwa […]

Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Bakal Melahirkan Bayi Kedua, Dayah Bakar Mohon Doa Urusan Dipermudahkan

Semoga dipermudahkan urusan bersalin Dayah Bakar

Featured Wed, 8 Apr 2020
Trending Mon, 14 Oct 2019

如果「憨豆先生」都有份参演好莱坞电影!

如果说,好莱坞的大片都由憨豆先生出演,到底会是怎样的呢?

Hiburan Sat, 10 Aug 2019

Iqram Dinzly Buat Hal Lagi?

Apa pula kali ini?