Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 16, 2023 @ 7:06pm

Enggan Terjerat Cinta Lokasi, Sharifah Rose Utamakan Kerjaya

Aktres jelita dan personaliti media sosial, Sharifah Rose mengakui dirinya kini memberi fokus sepenuhnya pada kerjaya serta enggan terlibat dengan cinta di set pengambaran.

Dedah pemilik nama sebenar Sharifah Rose Sabrina itu, dia tidak sempat mencari kekasih hati kerana sukar membahagikan masa akibat kesibukan kerja.

Ekoran komitmen yang tinggi dalam kerjaya, Rose lebih selesa menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerja terlebih dahulu.

Memetik laporan Nona, Rose turut memberitahu pintu hatinya masih belum diketuk oleh mana-mana jejaka.

“Saya masih ‘single’ dan tak menjalinkan hubungan istimewa dengan sesiapa. Setakat kawan biasa adalah. Kalau nak kata cinta lokasi, itu pun tidak wujud. Selesai penggambaran, saya terus pulang ke rumah,” katanya.

Bagi pelakon drama Kekasih Hati Mr Bodyguard itu, cinta lokasi tidak wujud dalam kamus hidupnya. Kemesraan yang terjalin hanya sekadar lakonan semata-mata dan tidak lebih daripada itu.

“Sebagai wanita bekerjaya, saya perlu bersikap profesional sewaktu melakonkan watak yang dipertanggungjawabkan sehingga berjaya, kerana fokus saya sekarang ini adalah mengembangkan lagi kerjaya saya.

“Saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja, sama ada hero, rakan artis mahupun kru di lokasi penggambaran. Jika ada beranggapan saya bercinta dengan hero gandingan, ia tidak benar. Mungkin prasangka timbul disebabkan nampak keserasian antara kami,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai ciri-ciri lelaki idaman, Rose tidak terlalu memilih.

Takut dengan isu keganasan rumah tangga sekarang, dia mengidamkan lelaki yang tenang serta tidak panas baran.

“Saya terima jika mempunyai jodoh di usia muda. Cuma, biarlah lelaki dalam kalangan orang baik-baik.

“Saya suka lelaki matang, budiman, kacak, mampu membimbing dan stabil daripada segala segi. Dia juga mestilah seorang yang tenang, santai dan tidak suka marah-marah. Paling penting, bukan jenis mudah angkat tangan kepada wanita,” ujarnya lagi.

Sumber : Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 27 Jul 2025
Hiburan Wed, 29 May 2019

Skuad Seratus Ikhlas Undur Diri

Skuad Seratus Ikhlas telah melabuhkan tirainya di majlis berbuka puasa yang berlangsung di tapak TV3 Grand Bazar Ramadan Raya semalam.

Featured Thu, 2 Feb 2023

#LaguXTRA: Aeril Zafrel Imbau Zaman Bercinta Dengan Lagu Melly Goeslow!

Teringat zaman-zaman sekolah kan! Lagu Melly yang mana favorite Aeril tu?

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Saya Belum Layak Bergelar Jutawan – Shuib Sepahtu

Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu berasa takut digelar jutawan hanya disebabkan ada beberapa jenis bisnes. “Siapalah saya ni, hanya penyampai radio dan makan gaji. Buat bisnes pun biasa-biasa saja, kadang kala untung dan rugi. […]

Featured Wed, 11 Jan 2023
Hiburan Wed, 15 Oct 2025

Putera Mateen Umum Khabar Gembira, Dayang Anisha Rosnah Kini Hamil Anak Pertama

Putera Mateen. Dayang Anisha bakal timang anak pertama

Featured Thu, 12 Jan 2023

Peminat Nyanyi Lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah Bersama Baby Shima, Netizen Komen: “Lagi Sedap Dari Suara…”

Tular sebuah video penyanyi kontroversi, Baby Shima berduet bersama peminatnya di salah satu festival hiburan baru-baru ini. @hanybae4 Membalas kepada @⚡️ ♬ bunyi asal – هاني Menerusi perkongsian yang dibuat oleh @hanybae4 di laman TikTok, […]

error: Content is protected !!