Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 18, 2024 @ 4:31pm

Enggan Terpalit Isu, Rabbani Teliti Terlebih Dahulu Sebelum Terima Tawaran Sebagai Duta Umrah

Sering dilantik menjadi duta oleh agensi umrah, kumpulan Rabbani menegaskan bahawa mereka tidak terburu-buru menerima sebarang tawaran tanpa terlebih dahulu menyelidik latar belakang syarikat yang menawarkan kerjasama.

Menurut Azadan Abdul Aziz selaku wakil kumpulan Rabbani, penelitian dilakukan bukan kerana cerewet tetapi untuk memastikan ketelusan dan menjaga nama baik Rabbani.

“Syukur, masih ramai pihak yang percaya kepada Rabbani untuk bersama-sama dalam rombongan menunaikan umrah ke Makkah.

“Selepas lebih 10 kali menunaikan ibadah ini, kami berbesar hati dapat berkongsi pengalaman di Tanah Suci serta ziarah di Madinah. Kami mahu memastikan bakal jemaah lain juga dapat beribadah dengan lancar melalui agensi yang boleh dipercayai.

“Setiap tawaran sebagai duta akan kami tapis dan semak latar belakang syarikat terlebih dahulu. Selepas 27 tahun dalam industri seni, kami tidak mahu merosakkan nama hanya kerana tersilap memilih,” katanya kepada XTRA.

Turut menggalas tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Radius Worldwide Travel & Tours, Azadan menyatakan keyakinannya terhadap kestabilan syarikat tersebut yang juga mempunyai rangkaian perniagaan hingga ke peringkat antarabangsa.

“Sebelum bersetuju menjadi duta bersama anggota Rabbani yang lain dan memikul tanggungjawab sebagai CEO, saya telah memastikan syarikat ini mempunyai kewangan yang kukuh.

“Berbeza dengan sebahagian agensi lain yang menggunakan wang jemaah sebagai modal pusingan, Radius Worldwide Travel & Tours berada dalam keadaan stabil. Ini dibuktikan melalui kajian dan pemerhatian saya. Syarikat ini juga mempunyai wakil di hampir setiap negeri dan dipayungi oleh induk yang kukuh,” jelasnya.

Azadan berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran pakej umrah awal Ramadan dan perasmian Radius Worldwide Travel & Tours Sdn Bhd pada Isnin.

Azadan turut berkongsi bahawa mereka akan berpuasa awal Ramadan di Makkah pada tahun depan sambil mengelolakan operasi serta pengurusan jemaah sepanjang ibadah umrah tersebut.

“Selain memastikan perjalanan umrah berjalan aman dan lancar, kami juga ingin menyantuni jiwa para jemaah dengan cara kami melalui lagu nasihat, sejarah, zikir, dan selawat,” tambahnya.

Pada majlis sama, turut dilancarkan Pakej Umrah Sambut Ramadan Bersama Rabbani, yang dijadualkan berlangsung dari 21 Februari hingga 4 Mac 2025.

Pakej selama 12 hari ini merangkumi perjalanan umrah dan ziarah, di mana jemaah akan merasai tiga hari pertama Ramadan di Madinah sebelum pulang ke tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Hiburan Wed, 18 Jun 2025

[VIDEO] Rumah Tangga Masih Utuh, Isteri Azlan Komeng Kini Hamil – “Doakan Kandungan Ini Selamat”

Isteri Azlan Komeng mohon doa kandungan kali ini selamat daripada gangguan

Hiburan Fri, 28 Apr 2023

Gandingan Redza Rosli & Amyra Rosli Dalam Drama ‘Kerasnya Takdir’

Macam mana Jiha (Amyra Rosli) nak teruskan hidup??!!

Trending Mon, 11 Jan 2021
Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Nadzmi Adhwa Bawa Diri Sebab Tak Ada Job?

Tanpa menyalahkan mana-mana pihak, dia percaya, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik untuk dirinya dan kariernya sebagai anak seni.

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Al-Fatihah…Bapa Joe Flizzow Meninggal Dunia

Kami dengan rasa sedih ingin mengumumkan bahawa Ishak Nengah telah meninggal dunia pada pukul 12.35 tengah hari pada Isnin 6 Ogos 2018.

Featured Thu, 16 Oct 2025

Nora Danish Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Mickey Ayo

Pelakon dan usahawan jelita, Nora Danish kembali mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu video istimewa sempena ulang tahun kelahiran jejaka yang sering dikaitkan dengannya, Mickey Ayo.

Hiburan Tue, 11 Mar 2025
error: Content is protected !!