Hiburan By: Del14 November 20, 2019 @ 3:37pm

Kes Curi Aliff Ditangguhkan Kerana Tuduhan Ketiga

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz didakwa di mahkamah atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Negara pada 18 November, Isnin lalu.

Berita.Mediacorp semalam, melaporkan pertuduhan itu atas dakwaan berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit-jerit dan menunjukkan isyarat menggunakan tangan semasa berada di tempat awam.

Menurut kertas pertuduhan, Aliff berkelakuan begitu berhampiran Orchard Towers, Orchard Road kira-kira jam 6.25 pagi pada 10 November lalu.

Jika sabit kesalahan bagi kes ketiga ini, Aliff boleh didenda tidak melebihi S$2,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Kes terbaru ini bermakna Aliff berdepan tiga tuduhan secara keseluruhan, termasuk dua tuduhan mencuri yang dikenakan ke atasnya pada 3 September.

Bekas suami Bella Astilah itu dituduh mencuri wang milik pelakon dan ahli politik Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri dan satu lagi kes mencuri sekotak rokok dan pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks, Plaza Singapura.

Bagi kedua-dua kes curi itu, Aliff sepatutnya dihadapkan ke mahkamah semalam namun ditangguhkan kerana ada tuduhan ketiga itu.

Imbas kembali, Aliff ditangkap di Orchard Road kerana mengganggu ketenteraman awam pada 10 November lalu.

Baca: Penyanyi Berada Di Bawah Pengaruh Alkohol Semasa Ditangkap

Baca: ‘Dia Okay Lepas Jumpa Anak’- Ibu Aliff Aziz

Baca: “Saya Selalu Mendoakannya Walaupun Kadang-Kadang Dia Tergelincir” – S Hafiza (Ibu Aliff Aziz)

Dua buah video menunjukkan Aliff meronta-ronta dan meminta tolong “ayah” juga tular di media sosial pada hari yang sama.

Menurut kenyataan polis, dia enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan walau pun diarahkan bertenang dan meleraikan pergaduhan yang berlaku antara Alif dengan seorang lelaki yang tidak dikenal pasti. Polis turut melaporkan, nafas artis itu berbau arak.

Sebutan seterusnya kes Aliff Aziz dijadual berlangsung pada 9 Disember 2019.

Oleh: Guy Masaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Mon, 23 May 2022
Featured Tue, 14 Mar 2023

[VIDEO] Lincah Menari, Penampilan Ning Baizura Dikritik

Alamak seksi sangat ke Kak Ning kita? Yang penting tetap vassss ya

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

10 Male Korean Artists Who are Shorter Than 170cm

And they’re super good looking!

Hiburan Wed, 23 May 2018

Ibu Pesan Ada Baiknya Hadiah Dihantar Ke Rumah Kebajikan

Bagaimanapun, beliau minta saya sampaikan pesan kepada orang ramai agar tidak lagi menghantar hadiah kerana kerajaan Pakatan Harapan tidak membenarkan ahli politiknya menerima sebarang bentuk hadiah seperti bunga, makanan dan lain-lain.