Hiburan By: Padin December 12, 2023 @ 7:30pm

Bantu Promosi Karya Arwah Ashraf Sinclair, 18 Selebriti Indonesia Terbang Ke Malaysia Demi Filem Syaitan Munafik

18 selebriti yang terdiri daripada pelakon filem dan sinetron Indonesia bakal menghangatkan malam gala tayangan perdana filem Syaitan Munafik yang akan diadakan pada 18 Disember ini.

Pelakon seperti Mayang Lucyana, Dafina Jamasir, Ichal Muhammad, Vanda, Hami DIA, Vinessa Ines, Derick Jordan, Lolly Ismaya, Erlina Sutansyah, Arida Nuraini, Vidya Ully, Anissa Kayla, bersama penyanyi Ucie dan Ratu Cantik Indonesia Jawa Tengah, Ilma Fitriana menjadi antara selebriti yang akan diterbangkan dari Jakarta, Indonesia ke Kuala Lumpur minggu hadapan.

Menurut penerbit filem Syaitan Munafik, Ray Rusdi, barisan artis ini merupakan sahabat kepada hero naskhah ini, Allahyarham Ashraf Sinclair.

 

“Syarikat penerbangan TransNusa yang juga merupakan penaja rasmi penerbangan untuk acara ini akan menerbangkan mereka.

“Rata-rata mereka juga pernah berlakon bersama dengan arwah Ashraf. Mereka juga merupakan teman rapat kepada heroin filem ini, Dea Lestari yang juga pelakon dari Indonesia,” kata Ray.

Sementara itu, menurut Dea Lestari, 36, dia menantikan filem ini yang sudah diperam lebih 15 tahun.

“Mengingat kembali produksinya, sudah lama sangat dan mengalami banyak perubahan. Ketika penggambaran sedang berjalan, saya berusia 21 tahun.

“Selain itu, jalan cerita atau plot yang diketengahkan pasti akan membuat kaki wayang filem horror Malaysia dan Indonesia, berpuas hati menontonnya,” katanya.

Untuk rekod, artis Malaysia yang turut berlakon dalam filem ini ialah Faizal Hussein, Ruminah Sidek, Dato Jalaluddin Hassan, Linda Hashim, Nabil Ahmad, Bandi Amuk, Siti Khadijah, Erin CTJ, Reedzuwan dan Wom UG14.

Sinopsis Syaitan Munafik

Mengisahkan sekumpulan pelajar di mana dua daripada mereka berasal dari Indonesia dan tiga pelajar tempatan, membuat kajian mengenai kewujudan puteri bunian dan alam ghaib.

Mereka menempuhi berbagai halangan dari awal perjalanan hingga tiba di kaki sebuah gunung. Tanpa menghiraukan kejadian aneh, kenderaan yang mereka naiki meluncur ke suatu tempat yang dilihat seperti alam ghaib.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Nov 2023

Fattah Amin & Fazura Bergabung Dalam Prekuel Mat Kilau?

Wah, mesti gempak ni berlakon suami isteri❤️‍🔥❤️‍🔥

Hiburan Sun, 1 Sep 2019
Featured Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Thu, 21 Feb 2019

Nubhan Temani Ibu Ke Tanah Suci

Alhamdulillah. Semoga memperoleh Umrah yang Mabrur!

Hiburan Fri, 27 Dec 2019
Hiburan Thu, 22 Nov 2018

Song Hye Kyo: “I don’t feel any difference…”

Song Hye Kyo shares how her marriage has affected her latest drama.

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Empat Calon DJ Suria FM Tercalon Dalam Kategori Penyampai Radio Popular

Berkongsi keterujaan, Fizi berkata, pencalonan dalam ABPBH sangat penting dalam membantu meningkatkan kerjaya termasuk dalam aspek imbuhan.

Hiburan Fri, 30 Aug 2019
Events Fri, 15 Dec 2017

AN HONEST MISTAKE IS THROWING AN HONEST CHRISTMAS PARTY AND IT’S FREE

Wanna be part of 2017’s most epic party yet? Mark your calenders this December 17!