Hiburan By: SGMS Faida April 30, 2018 @ 2:28pm

Beliau Hebat Di Padang Bola Tapi Lebih Hebat Apabila Pelihara Solat – Mufti

Mohamed Salah antara pemain bola sepak beragama Islam yang telah menjadi inspirasi bagi peminat kelab bola sepak, Liverpool.  Kagum dengan kehebatan Salah, peminat Livepool telah menggubah lirik untuk lagu Good Enough yang pernah dipopularkan oleh Dodgy pada tahun 1996 kepada lirik yang cukup mendalam, khas buat Mohamed Salah.

Gambar daripada Clive Brunskill/Getty Images

Antara lirik yang sering dinyanyikan berbunyi, “Jika dia cukup baik untukmu, dia cukup baik untukku. Jika dia menjaringkan beberapa gol lagi maka aku juga akan menjadi Muslim”.  Terbaru, pada 17 Mac 2018 lalu, Salah telah menjaringkan empat gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Watford, yang merupakan hatrik pertama untuk Liverpool. Dalam permainan ini, dia juga mencatat rekod menjaringkan 36 kali dalam musim pertamanya untuk Liverpool, dan juga menjadi penjaring gol utama di lima liga teratas di Eropah sekali gus memintas Lionel Messi dan penyerang Tottenham Barcelona, Harry Kane .

Peribadi yang dibawa Salah menjadi bualan ramai, antaranya ialah Mufti Wilayah Persekutuan kita, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Melalui perkongsian beliau dibawah, hujah yang digarap mengenai Salah turut membawa maksud tersirat agar kita sebagai umat Islam sentiasa mengutamakan Allah dalam setiap perkara seperti yang dilakukan oleh Mohamed Salah supaya menjadi contoh kepada umat lain.

Mari kita baca perkongsian beliau, semoga bermanfaat.

QALAM MUFTI #5 MOHAMED SALAH

1. Jika ada kelapangan, adakalanya saya menyelak helaian belakang akhbar untuk mengikuti perkembangan sukan bolasepak. Sukan yang menyatukan pelbagai bangsa, agama dan negara atas satu semangat kesukanan.

2. Antara personaliti yang menarik minat saya kini adalah bintang Liverpool, Mohamed Salah. Pada mulanya, saya menganggap beliau hanya sebagaimana pemain Muslim lain dalam English Premier League seperti Paul Labile Pogba, Ismail Bennacer, Mesut Özil, Granit Xhaka dan lain-lain.

3. Namun, lirik lagu I”ll be Muslim Too yang dinyanyi penyokong Liverpool untuk Mohamed Salah menyebabkan saya semakin tertarik untuk mendekati beliau. Kejayaan demi kejayaan yang dirangkulnya jika dilihat daripada perspektif yang lebih luas, bukan sahaja kerana kelincahan beliau tetapi juga adalah kerana sikap beliau yang begitu menjaga solat dan hubungannya dengan Allah SWT. Melihat kepada latar belakang hidupnya, benarlah disiplin solat telah berjaya mengubah hidupnya menjadi apa yang anda lihat hari ini.

4. Saya yakin, dengan ledakan 43 gol dalam semua perlawanan bersama Reds musim ini, beliau akan pergi lebih jauh dan cemerlang dengan sikapnya yang memelihara hak Allah SWT sebagai Tuhan dan tuntutan beliau sebagai hamba-Nya. Yakinlah, kejayaan yang hakiki jua bersama dengan hamba-hamba-Nya yang memelihara solat.

5. Sebenarnya, itulah juga yang ingin disampaikan oleh Salah kepada semua penyokong Liverpool yang beragama Islam; kita akan berjaya dengan mengutamakan-Nya dalam semua perkara. Solatlah walau di mana jua kita berada.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
#YNWA

Facebook: http://facebook.com/drzulmuftiwphttp://facebook.com/drzulkiflialbakri
Instagram: @drzulkifli.albakri
Twitter: drzul_albakri
Telegram: http://t.me/drzulalbakri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Jun 2020

MAIWP Beri Insentif Buat Rakyat Hilang Pekerjaan

InshaaAllah semoga dengan bantuan ini dapat melegakan keresahan mereka..

Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Lancar Petisyen Gesa Diberhentikan, Peminat Back Up DJ Lin!

Wow! Makin panas ek netizen siap lancar petisyen tu🔥🔥🔥

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

张祖诚比赛唱一半中断!全场评审傻住

大马创作歌手张祖诚在24日播出《不凡的改变》中,致敬周蕙《好想好好爱你》,他的微醺嗓音,让所有评审包括原唱周蕙都按铃通过。没想到当最后一位评审按铃,全场灯亮时,张祖诚却突然停下来傻笑,引起现场一片惊呼。

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Raysha Rizrose Terima Lamaran Ashraf Muslim ?

Wah, Tak sabar rasanya nak tengok cerita ni kan?

Featured Mon, 25 Mar 2024

“Benda Yang Saya Akan Ingat Sampai Mati… Bila Anak Pertama Saya Dikatakan Bukan Anak Kandung Dia” – Rita Rudaini

Sedihnya! Moga setiap kesedihan yang dialami Rita Rudaini Tuhan gantikan dengan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan😥❤️

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Tahniah! Baby Pipi Merah Selamat Dilahirkan!

Puteri sulongnya itu yang dilahirkan secara pembedahan seberat 3.55 kilogram berada dam keadaan baik dan sihat.

Featured Tue, 2 Aug 2022
Contest Wed, 12 Dec 2018

#xtra好康头 | 送你去看《草蜢17385世界巡回演唱会–云顶站》

草蜢重登云顶云星剧场大舞台,去年没看到的歌迷们,机会来了;而且 #xtra好康头 将送出入门票!