Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 25, 2024 @ 4:00pm

“Benda Yang Saya Akan Ingat Sampai Mati… Bila Anak Pertama Saya Dikatakan Bukan Anak Kandung Dia” – Rita Rudaini

Pelakon Rita Rudaini kesal selepas ada pihak yang cuba menganggu kebahagiaan dan ketenangannya bersama anak-anak.

Katanya menerusi temu bual bersama program Melodi, pihak tersebut juga mendakwa bahawa dia telah menghalang anak-anaknya iaitu, Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna untuk berjumpa dengan bapa kandung mereka yang juga pemain bola sepak Malaysia, Aidil Zafuan Abdul Razak.

“Kalau saya buat live saya tak akan jentik pasal orang. Bisalah orang akan komen yang negatif, tapi saya tak akan baca. Bila ada orang komen dekat Instagram ksaya, kata ‘kesiannya dekat tu rindu..siap sebut nama’ tapi kenapa baru sekarang nak sebut nama? kenapa bukan dulu?.

“Jadi, saya jadi macam naik hantu. Kalau pasal anak tu kami jadi sensitif apa yang saya lalui daripada dulu hanya saya dan Tuhan saja yang tahu. Orang lain senang je cakap sebab mereka tak duduk ditempat saya.

“Satu lagi pesanan saya pada yang buat live tu, tiba-tiba nak sebut nama dan terpaling teraniaya. Bila benda ni viral orang kata saya meroyan tapi siapa yang mulakan dulu?” ulasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINIÂŽ (@ritrud727)

 

Dalam pada itu, Rita juga berkongsi, perkara yang tidak akan pernah dilupakannya sehingga nafas terakhir adalah ketika bekas suaminya itu mendakwa bahawa anak sulungnya itu  bukan anak kandungnya.

“Banyak benda yang saya akan ingat sampai mati. Sangat perit. Kalau orang duduk dekat tempat saya boleh meroyan, boleh gila.

“Satu benda yang saya ingat adalah apabila anak sulung saya dikatakan bukan anak dia. Okay baik, anak orang lain..jadi jangan tengok muka anak aku. Aku takkan bagi dekat.

“Bila cakap macam ni, orang kata mulut saya jahat, suka aib orang jangan ingat ye, yang cakap baik, lembut tu itu adalah orang yang paling suci.. anda kena korek balik tau!Anda akan jumpa siapa yang paling neraka sekali. Korek balik,” katanya.

Bagaimanapun, sebagai seorang yang tidak suka menjaga tepi kain orang lain, Rita menegaskan, dia tidak akan pernah memaafkan individu yang pernah menyakitinya sebelum ini.

“Saya tidak akan maafkan sampai bila-bila. Orang kata, tak baik tapi itu orang cakap. Saya tak boleh paksa diri saya untuk maafkan perbuatan tersebut kerana ia perlu dilakuakn secara ikhlas.

“Semua yang terlibat, saya tak akan maafkan sampai bila-bila. Saya jaga anak dengan cara elok, tapi kenapa masih nak point kan saya lah yang jahat, saya lah yang tak bagi jumpa anak dan sayalah juga yang mengajar anak supaya benci bapak.  Daripada dulu saya tunjuk gambar bapak dia… tapi jasa bapa dia cuma bagi benih sahaja,” ujarnya.

@melodiberapi Siapa yang mulakan dulu? Pelakon Rita Rudaini dah lama move on, takkan maafkan sampai bila-bila? Hanya Tuhan saja yang tahu keperitan yang dilalui pelakon wanita jelita ini @ritrud727 #fyp #fypシ #meloditv3 #panas #fypシ゚viral ♬ original sound – Melodi tv3

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Nov 2019
Featured Wed, 10 Jul 2024
Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Elvina pilih ‘Datuk’ selepas putus hubungan setahun!

Datuk Mohd Haniff Borhan akan meminang Elvina terlebih dahulu kira-kira sejam sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Nak Luah Dekat Crush Tapi Malu? Mungkin Boleh Try Pakai Single Terbaru Aqeesh Aleeya Ni!

Comel jer video klip Aqeesh Aleeya, lagu ciptaan DJ Fuzz dan Hez Hazmi ini memang best untuk dilayan tau!

Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Hiburan Mon, 23 Apr 2018

People are Suspecting Avicii Died of Overdose

The famous DJ was found dead last Friday.

Featured Wed, 8 Apr 2020
Hiburan Wed, 21 Mar 2018

BTS’s Store in Japan Gets Flooded With 15,000 Fans!

BTS recently opened up a store in Harajuku, Japan and fans truly went wild.

error: Content is protected !!