Hiburan By: SGMS Faida July 30, 2018 @ 6:40pm

Dia Band Tukar Vokalis Lagi?

Dia Band wujud sejak tahun 2012 lagi namun perjalanan seni mereka dilihat perlahan berbanding band lain.

Single pertama Dia Band bertajuk Mungkin menjadi pertaruhan pertama lima anak muda ini pada 2016 tetapi entah di mana silapnya, lagu ini gagal melonjakkan nama mereka.

Enggan mengaku kalah, selepas dua tahun bereksperimen, Dia Band kini muncul dengan single terbaru bertajuk ‘Lupakan Dia’.

“ Kami mahu bangkit semula selepas lama menyepi. Kami percaya muzik beralun Indo Pop menerusi ‘Lupakan Dia’ bakal menarik minat pendengar di luar sana,” kata Fauzi selaku pemain dram Dia Band ketika ditemui di majlis pelancaran ‘Lupakan Dia’ di Red Box Pavilion, sebentar tadi.

Kumpulan yang aktif di selatan tanah air ini juga pernah beberapa kali bertukar vokalis. Sebelum ini, bintang realiti, Yazid pernah bergelar vokalis pada tahun 2016.

“ Ia soal komitmen. Yazid juga memiliki single sendiri. Kumpulan kami perlu mengorak langkah ke hadapan dengan penuh komitmen. Tiada soal perselisihan faham atau sebagainya.

“ Oleh sebab itu, kami menjalankan uji bakat dan kami tahu Izhan mampu bawa Dia Band ke aras lebih tinggi.

“ Mungkin disebabkan pertukaran vokalis sebanyak dua kali sebelum ini, serba sedikit ia mempengaruhi nama kumpulan untuk popular.

“ Kami janji untuk terus fokus selepas ini. Dia Band masih baru…Banyak perkara yang kami perlu belajar,” akhirinya.

Dia Band kini dianggotai lima pemuda iaitu Rafie (Gitaris), Eppy (Keyboard), Fauzi (Dram), Isma (Bass) dan Izhan (Vokalis). 

Korang jangan lupa tonton klip video Lupakan Dia di Youtube ok? Cuba dengar, mesti teringat dekat bekas kekasih waktu sekolah dulu, hehe…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Sep 2023
Hiburan Thu, 12 Sep 2019
Hiburan Tue, 28 Sep 2021

“Cantiknya Mata Baby…” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Dedah Wajah Anak, Beri Nama Ana Nayla

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendedahkan wajah anak sulung mereka yang dilahirkan pada 21 September lalu. Menerusi kemas kini Instagram pasangan ini, mereka turut mendedahkan nama permata hati mereka, Ana Nayla. View this […]

Hiburan Thu, 14 Jun 2018

Hael Bawa Helena Beraya Di Kampung

Saya bersyukur Helena turut disayangi rakan-rakan dan peminat. Pendek kata, rezeki yang saya peroleh hari ini segalanya menerusi Helena. Saya hanya penjaga kepada rezekinya… Syukur Alhamdulillah.

Hiburan Wed, 17 May 2023

Aina Abdul Lali Kecaman, Sifatkan Diri Seperti Baju Kalis Peluru

Aduh memang kena kalis peluru pun sebab nak bawa fesyen yang gempak kan?