Hiburan By: Salma Syahbuddin May 8, 2018 @ 10:06am

Drama Korea Baharu SUITS Bakal Curi Perhatian

Drama 16 episod yang diadaptasi daripada siri popular America ini bukan sahaja menampilkan pelakon ternama seperti Jang Dong Gun, malah turut menampilkan pelakon muda yang terkenal menerusi drama bersiri Hwarang: The Poet Warrior Youth, Park Hyung- Sik. Duo ini sekaligus nyata akan memberikan sedikit kelainan jika dibandingkan dengan drama asalnya.

Mengisahkan tentang seorang peguam terkenal disalah sebuah firma guaman di Korea Selatan bernama Choi Kyung Seo (Kang Dong Gun). Bukan sahaja seorang peguam yang berbakat dan terkenal, beliau juga merupakan seorang mempunyai penampilan menarik dan memiliki karisma menjadikan beliau seorang yang sangat disegani.

Beliau kemudiannya, mengupah seorang lagi peguam muda yang bernama Go Yeon Woo (Park Hyung-Sik) kerana Go Yeon mempunyai ingatan yang sangat baik dan adalah sesuatu yang bagus untuk firma guaman tersebut memiliki orang muda sepertinya. Walaupun perangai Go Yeon bersifat keanak-anakan.

Suits versi Korea ini turut menampilkan aksi-aksi yang pastinya sangat berlainan jika dibandingkan dengan siri original drama ini. Kerana, walaupun hanya 2 episod siap ditayangkan dikaca televisyen,  Suits versi Korea ini pastinya mampu mencuri perhatian penonton dan peminat siri drama Korea.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan aksi-aksi hebat dari pelakon kegemaran ramai hanya di tvN!

Daebak!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Tue, 14 Sep 2021
Featured Wed, 25 May 2022
Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Hey! Peminat-Peminat Yuna, Jangan Curi- Curi Ambil Gambar Beliau Lagi

Yuna memberitahu sekiranya peminat-peminat beliau ingin mengambil gambar bersamanya, dinasihatkan  jangan malu untuk menegur dan meminta izin kerana, beliau tidak akan menolak permintaan mereka.

Featured Tue, 20 Jun 2023
Featured Fri, 5 Apr 2024

“Kau Sanggup Bermusuh Dengan Kami Demi Lelaki Bar*a Tu ” – Individu Wanita Dipercayai Keluarga, Label Bella Astillah Artis Paling Bod*h?

Alamak! Apapun, moga pertalian keluarga dapat dieratkan semula lepas ni. Doakan yang baik-baik gaissss

Hiburan Mon, 22 Apr 2024

Datin Red Dedah Datuk Red Tak Balik Beraya – “Saya Tak Post, Maksudnya Tak Ada La”

Alamak, kenapa Datuk Red tak balik raya dengan Datin Red tu?