Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain December 28, 2022 @ 9:51am

Join Buat Live Bersama Anak, Ibu Adik-Beradik The Melvins ‘Describe’ Menantu

Sering membuat Live di TikTok bersama, kali ini adik-beradik The Melvins tampil berbeza dengan mengajak ibu mereka, Robiah Abd. Rahman menyertai mereka untuk mempromosikan produk bersama.

Terbaharu, menerusi video yang tular di platform itu, Robiah tampil mendedahkan sifat setiap menantunya iaitu Datuk Seri Zainal Abidin Osman, Shaheizy Sam, Mohamad Syafiq Azim Shaheen dan Safawi Rasid.

Menurut Robiah, setiap menantunya mempunyai peribadi dan perwatakan yang berbeza serta indah budi pekertinya.

Dalam perkongsian tersebut, ibu mereka menyatakan Allahyarham Zainal mempunyai peribadi yang baik dan sangat dikenali ramai.

Bukan itu sahaja, dia juga menyatakan sifat Shaheizy Sam yang sangat prihatin untuk menyediakan keperluan asas untuk kediaman mereka sekeluarga.

“Arwah tu memang baiklah, memang siapa tak kenal arwah Datuk Zainal. Kalau nak cerita, kita cerita pasal Sam ni, dia jenis macam duduk saja-saja nak beli TV, tanya nak cat rumah warna apa, dia jenis nak sediakan barang keperluan yang besar-besar,” katanya.

Selain itu, Robiah turut menyatakan peribadi suami Syida, Syafiq yang sangat matang dan mahir dalam menyediakan keperluan memasak.

“Syafiq pula dia macam pakcik-pakcik yang tiada kerja lepastu pergi pasar, beli ikan, roti canai, barang basah sampai penuh peti ais.

“Safawi, saya tak tahu lagi sebab masih baru lagi dan lepas berkahwin dia kena masuk kem berkhidmat untuk negara. Tapi, Safawi baik,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya terhibur dengan pendedahan yang dibuat oleh ibu mereka.

Sebelum ini, adik-beradik The Melvins pernah mendedahkan peribadi Allahyarham Datuk Seri Zainal Abidin Osman yang meninggal dunia kerana kanser darah pada tahun 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenang Arwah Suami Ketika Live, Syafiqa Melvin Buat Ramai Sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih Selesa Luangkan Masa Dengan Keluarga, Adik-Beradik The Melvins Akui Tidak Bosan Berjumpa Setiap Hari

Kredit Video: TikTok RandomThingy26

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Nov 2021

Malaysia Dijangka Hadapi Gelombang Baharu COVID-19 Disember Ini

Ya Allah, lindungi keluarga dan negara kami♥

Trending Wed, 30 Jun 2021
Hiburan Fri, 16 Jun 2023

“Semoga Hati Kita Terus Terbuka, Diisi Dengan Keimanan,” – Sweet! Essam Muhammad Titip Ucapan Buat Permaisuri Hati, Mizz Nina

Permaisuriku, hatiku, isteriku tercinta, Mizz Nina… Alahai sweetnya Essam ni 🥰🥰

Hiburan Sun, 2 Apr 2023
Featured Tue, 10 Jul 2018

Kecil-kecil Cili Padi. Halba Bagus Untuk Kesihatan Badan

Selain digunakan dalam bahan masakan, halba juga bermanfaat untuk kesihatan badan.

error: Content is protected !!