Hiburan By: SGMS Faida April 6, 2019 @ 4:48pm

Nelydia Senrose Sah Bergelar Isteri Hafez

Pelakon, Nelydia Senrose, 24, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35 kira kira jam 3.28 petang tadi

Dengan sekali lafaz, pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin dan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid dalam satu majlis tertutup diadakan di sebuah hotel terkemuka tanah air.

Terdahulu, pasangan ini juga melangsungkan pertunangan sebagai syarat sebelum meneruskan upacara pernikahan di depan lebih 200 orang tetamu dan kenalan terdekat.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan.

Anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Ezuwan Ismail, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen bersyukur segala yang dirancang dalam tempoh singkat sejak awal tahun ini berjalan lancar.

“Alhamdulillah impian, niat serta hajat yang saya harapkan selama ini dipermudahkan.

“Doa saya di Tanah Suci Makkah serta apa yang dihajati juga Allah makbulkan serta beri jawapan pasti termasuk hal jodoh. Semoga permulaan fasa ini akan terus mematangkan saya dan dia. Insya-Allah,” katanya.

Berkongsi detik perkenalan, pasangan ini bersua buat kali pertama pada 6 April 2017. Bagaimanapun ketika itu, tiada apa yang berlaku. Seterusnya selepas sekian lama hubungan sepi begitu saja, mereka sekali lagi bersua hujung tahun yang sama.

Ketika hubungan itu terus mekar, Hafez terbang ke Amsterdam untuk memberi kejutan sekaligus melamar Nelydia pada April 2018. Ketika itu pelakon yang juga adik kepada Uqasha Senrose ini sedang bercuti di Eropah.

“Selepas memutuskan untuk membawa hubungan kami ke fasa seterusnya, saya bawa dia berjumpa dengan papa untuk meminta restu selain keluarga yang lain.

“Memang asalnya rancangan perkahwinan ini nak dibuat tahun lalu. Tetapi ada saja kekangan. Di sebalik ujian dan halangan sebelum ini, saya dan suami berjaya melaluinya sebaik mungkin. Sekembali dari umrah 5 Januari lalu, saya dan dia putuskan untuk ke gerbang perkahwinan dan memulakan persiapan,” katanya.

Mengenai Hafez, pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu ini menyifatkan suaminya seorang yang melengkapi dan menenangkan hati.

Esok pasangan ini diraikan pada sebelah malam juga di lokasi sama majlis nikah berlangsung. Pada majlis itu, Nelydia mengenakan rekaan Alia Bastamam manakala Hafez pula dengan busana Ezuwan Ismail. Untuk majlis potong kek, kedua-duanya bakal menggayakan rekaan Rizman Ruzaini.

Jika tiada aral melintang, sebuah majlis keraian akan diadakan di Kelantan musim raya depan.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Penyanyi Roxette, Marie Fredriksson Meninggal Dunia

Terkenal dengan lagu hitnya, ‘It Must Have Been Love’ akhirnya pergi juga pada usia 61 tahun

Trending Hari Ini Mon, 1 Jun 2020
Featured Mon, 4 Dec 2023

“Kalau Korang Maki Melayu, Siapa Lagi Nak Sokong!”- Amir Ahnaf

Betul tu! Kalau asyik nak kondem sampai ke sudah tak jadi apa 🔥

Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Ingin Masuk Anugerah Juara Lagu, Tiada Lagi Seksi- Seksi

“Janji Tiada Lagi Tarian Seksi, Mahu Lagu Masuk AJL”

Hiburan Thu, 10 Nov 2022

“Hafal Skrip Berapa Jam Itu Mirul?” – Netizen Terhibur Dengan Gelagat Suami Ain Edruce

Ramai yang mengetahui, pengacara dan pelakon Ain Edruce sering mengusik suaminya, Amirul Hafiz sehingga berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Terbaharu, perkongsian Ain di TikTok miliknya sekali lagi menarik perhatian warganet apabila dia dan […]

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Keena Mentor Akui Penyanyi Hantar Santau?

Keena memberitahu, kesan lebam yang kelihatan dibadannya itu adalah kesan santau angin yang dihantar oleh individu yang tidak dikenalinya. Dan, apa yang lagi memeranjatkan individu tersebut merupakan seorang penyanyi?

Featured Mon, 29 Jan 2024

Individu Wanita Dituduh Pecah Amanah, Dakwa Pelakon Wanita Popular ‘Spin’ Banyak Cerita?

Panas! Agak-agak siapa pelakon wabita popular tu?🔥🔥🔥