Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 9, 2018 @ 3:38pm

Faizal Hussein Belum Sedia Bawa Watak Tua

Otai masih berbisa… Pada usia 51 tahun, pelakon Faizal Hussein masih memegang watak hero! 

Ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa bersama barisan pelakon filem Kalla di Hotel Concorde KL, Faizal mengakui ini merupakan pertama kali dia perlu berada di set penggambaran hampir 50 hari tanpa henti.

“ Sepanjang bergelar pelakon, ini merupakan pengalaman pertama saya perlu sentiasa berada di set. Bayangkan hampir untuk setiap babak memerlukan saya di lokasi. Mujur lokasi penggambaran dilakukan di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

“ Pendek kata, dari hari pertama penggambaran bermula sehinggalah hari terakhir saya ada di set,” katanya.

Berkongsi kisah tentang wataknya dalam Kalla, Faizal memberitahu dia lebih teruja untuk menerima tawaran ini memandangkan ia adalah watak ‘berat’.

 “ Selepas filem Bunohan, saya memang utamakan watak yang berat atau susah.

“ Sebab itu saya jarang muncul dalam drama bersiri kerana bagi saya watak itu terlalu senang. Saya selalu ditawarkan menjadi bapa. Secara jujurnya saya belum bersedia membawa watak sebegitu.

“ Berlainan bagi drama bersiri Jiwa yang mana produksi menunjukkan episod saya pernah muda sebelum bergerak ke fasa tua.

“ Saya belum sedia untuk bawa watak tua. Bayangkan dalam drama anak-anak saya dah besar sedangkan realitinya anak saya masih kecil lagi,” katanya.

Tambah Faizal, sekiranya dia kerap menerima watak lelaki tua ia akan memendekkan jangka hayatnya sebagai seorang hero.

Filem Kalla mengisahkan pensyarah Sejarah, Ezahar (Faizal Hussein) sudah tiga tahun berkahwin dengan Serina (Vanidah Imran) dan mereka hidup bahagia.

Bagaimanapun, suatu hari ketika dia menghantar Serina ke tempat kerja, bangunan itu tiba-tiba dibom pengganas dan Serina terkorban. Ezahar sangat sedih dengan tragedi itu bertindak mencari pengganas.

Namun dalam usahanya mencari pengganas terbabit, dia menerima e-mel mencurigakan yang dikirim dari sebuah kafe siber di Sabah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Featured Tue, 23 Sep 2025

Nadzmi Adhwa Luah Rasa Simpati, Ardell Aryana Alami Masalah Kesihatan – “Saya Baru Tahu Awak Kena Drip Air Rupanya”

Nadzmi tidak putus-putus mendoakan agar perjalanan kemanusiaan isterinya berjalan lancar.

Hiburan Tue, 30 Jan 2024
Hiburan Mon, 5 Aug 2019
Featured Mon, 13 Jan 2025

‘Payung’ Lagu Garam & Madu, Nyanyian Nuha Bahrin Dipuji… Netizen Komen – “Semua Benda Dia Nyanyi Sedap Didengar”

Nyanyian Nuha kini semakin baik. Malah lagu mashupnya itu juga tak dinafikan sedap didengar.

Featured Thu, 12 Jun 2025

Gara-Gara Dituduh Simpan Dokumen Jantung Fara Salleh, Shuk Sahar Minta Bantuan ‘Maid’ Geledah Rumah 

Shuk Sahar seakan tidak berpuas hati apabila dikatakan menyimpan dokumen jantung milik Fara Salleh.

Hiburan Sun, 26 Aug 2018

Nazrief Nazri Sokong LGBT?

Tahukah anda, Nazrief sebelum ini pernah tampil dengan single berjudul Cinta Semalam?

error: Content is protected !!