Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 13, 2024 @ 9:24pm

Famili Duo 4: Janjikan Pertarungan Vokal & Persembahan Mantap, Ini Senarai Lagu Finalis Di Pentas Akhir!

Pentas akhir Famili Duo 4 (FD 4) yang bakal berlangsung Ahad ini akan menyaksikan tiga pasangan finalis mempersembahkan lagu-lagu pilihan yang dijangka membakar semangat penonton dan memukau juri.

Dengan tema bebas dan duo/vokal berkumpulan, finalis FD 4 telah memilih seleksi lagu yang menonjolkan kehebatan vokal dan kreativiti mereka.

Pasangan adik dan kakak, Shiha & Ieda Zikir akan mendendangkan Mentera Semerah Padi (Datuk M. Nasir) untuk tema bebas, manakala lagu rancak Dokter Cinta (Dewi) dipilih untuk tema duo.

Pasangan sepupu, Tomok & Sharul Kamal pula mempertaruhkan Gadis Melayu (Jamal Abdillah) dan duet ikonik Lagu Jiwa Lagu Cinta (Datuk M. Nasir & Mawi) untuk tema bebas, serta mashup penuh tenaga Menggegar Dunia (Adam Stacy) dan Sang Saka Biru (Joe Flizzow & Friends) untuk tema duo.

Sementara itu, pasangan sepupu dari Sabah, Ayie Elham (Floor 88) & Salma Asis membawa gabungan klasik Mentari Di Ufuk Timur dan Meniti Titian Usang (Search) untuk tema bebas, serta duet dramatik Kisah Ku Inginkan (Datuk Seri Siti Nurhaliza & Judika) dan Haram (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah) untuk tema duo.

Setiap pilihan lagu ini bukan sahaja mencabar kemampuan vokal, tetapi juga menuntut kreativiti dalam menyampaikan naratif dan emosi kepada penonton. Dengan tema bebas yang memberi ruang kepada imaginasi tanpa batasan, serta tema duo yang menguji sinergi pasangan, pentas akhir ini menjanjikan persembahan epik yang bakal diingati.

Setelah tujuh minggu bersiaran, FD 4 kini menghampiri penghujungnya. Program realiti popular ini telah menyaksikan perjalanan luar biasa, dipenuhi drama, kejutan, dan aksi kreatif yang berjaya menawan hati penonton. Dari minggu ke minggu, para peserta mempersembahkan konsep dan tema menarik yang membawa kelainan setiap kali mereka muncul di pentas.

Tiga pasangan terakhir yang masih bertahan ialah Shiha Zikir & Ieda Zikir, Ayie Elham & Salma Asis, serta Tomok & Sharul Kamal. Ketiga-tiga pasangan ini telah membuktikan kemampuan mereka melalui persembahan konsisten, kreativiti tanpa batas, dan vokal mantap yang sering mendapat pujian daripada juri profesional, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Persembahan kreatif sepanjang musim ini menjadi sorotan utama, dengan penggunaan prop, busana menarik, dan konsep unik seperti tema alam sekitar, Bollywood, dan mahkamah. Setiap minggu, peserta bukan sahaja menyanyi tetapi turut membawa naratif dan karakter yang menyentuh emosi penonton.

Pasangan sepupu Tomok & Sharul Kamal mencuri perhatian sepanjang musim ini dengan memenangi gelaran juara mingguan sebanyak tiga kali, menjadikan mereka pesaing utama untuk merebut takhta juara. Namun, Shiha & Ieda Zikir serta Ayie & Salma juga tidak kurang hebatnya, dengan persembahan yang sering mendapat standing ovation.

Ketika hadiah utama RM100,000 menjadi taruhan, pentas akhir ini bakal menjadi saksi pertarungan terakhir yang menentukan siapakah duo paling layak bergelar juara. Dengan elemen kejutan yang dijanjikan setiap pasangan, malam Ahad ini pasti penuh magis dan mendebarkan.

Jangan lupa untuk menyaksikan Famili Duo Musim 4 pada Ahad ini, jam 9 malam di TV3. Gunakan hashtag rasmi #FamiliDuo dan #BerduoLebihBaik untuk berkongsi tekaan anda dan memeriahkan lagi perbualan di media sosial. Pastikan anda menyaksikan detik bersejarah ini, hanya di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Apr 2019

Seram! Rakaman Video Kelibat Penampakan Sebenar Nenek Kebayan Di Ulu Kenas, Perak

Seram! rakaman sebenar video penampakan nenek kebayan di Ulu Kenas, Perak.

Featured Thu, 4 Sep 2025

“Lima Tahun Sudah Kekasihku” – Suami Titip Ucapan Romantis Buat Mira Filzah

Emir menyifatkan Mira sebagai anugerah terindah  dalam hidupnya.

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Walaupun Dikecam, Fasha Sandha Tetap Menang Award?

Fasha yang menghadiri majlis sambutan hari lahir Dato Sri Aliff Syukri berkongsi beberapa gambar sekitar majlis tersebut buat peminat dan pengikutnya di Instagram meninggalkan komen yang mengundang kutukan buat dirinya!

Hiburan Tue, 21 Jan 2025
Featured Fri, 19 May 2023
Hiburan Sat, 3 Sep 2022
error: Content is protected !!