Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops March 15, 2019 @ 2:00pm

5 langkah untuk menghadapi perceraian

Apabila lelaki dan wanita berkahwin, semestinya mereka berharap perkahwinan berkenaan bahagia hingga ke akhir hayat.

Itu sebabnya mereka yang terpaksa bercerai akan merasakan seperti hidup mereka hancur musnah. Kesedihan yang dialami, hanya mereka yang tahu.

Bagaimanapun bagi mereka yang bakal menghadapi proses perpisahan ini, jangan risau kerana di sebalik setiap ujian, pastinya ada hari yang membahagiakan dan ganjaran dari Tuhan.

Walaupun proses ini memeritkan, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebagai persediaan bagi mengurangkan rasa pedih di hati.

1. Jangan putus untuk menunaikan solat dan berdoa

Untuk menguatkan hati, cara paling mudah ialah dengan bersembahyang. Kesukaran dalam menghadapi perceraian bukan tertakluk kepada diri anda sahaja. Jika anda mempunyai anak, tanggungjawab bertambah berat.

Apabila cabaran bertambah, anda perlu sujud dan cuba berhubung dengan Tuhan sebaik mungkin untuk memohon petunjuk.

Allah berfirman di dalam surah Al- Baqarah:

“Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabra.”

2. Jaga percakapan

Selain kesedihan, semestinya perasaan marah juga akan mengaburi minda. Agak mencabar bagi anda untuk menangani masalah ini dengan tenang.

Disebabkan itu, ada potensi untuk anda terlepas cakap dan akibatnya anda dengan tidak sengaja melukakan hati orang lain seperti anak, ibu bapa anda sendiri mahupun rakan karib.

Situasi ini juga boleh mencetuskan permusuhan di antara kedua belah pihak keluarga si suami dan si isteri. Itu sebabnya anda perlu sentiasa beringat agar emosi tidak mempengaruhi pertuturan anda.

Foto: Budaya Jawa

3. Dapatkan pertolongan

Anda tidak perlu melalui detik hitam ini berseorangan. Anda boleh sahaja minta sokongan moral daripada individu yang rapat dengan anda ataupun pihak yang profesional.

Luangkan banyak masa dengan mereka yang mengingatkan anda kepada Tuhan supaya iman anda bertambah kuat.

4. Habiskan masa dengan melakukan perkara berfaedah

Supaya minda anda tidak dibayangi cabaran yang menimpa, isi masa lapang anda dengan aktiviti berfaedah, seperti membaca atau menghafaz Al-Quran.

Anda bukan sahaja mampu mendekatkan diri dengan Tuhan, tetapi anda juga boleh belajar dengan lebih terperinci maksud kandungan kitab berkenaan. Lagipun, ayat Al-Quran mampu menenangkan hati pembaca.

Aktiviti lain juga boleh dilakukan, asalkan anda menetapkan matlamat yang anda perlu capai. Harapnya, ia berupaya menguatkan mental dan emosi.

Foto: Pantau.com

 

5. Lihat semua perkara dari sudut positif

Kes perceraian anda pasti akan merosakkan mood atau membuat anda rasa semakin tertekan. Daripada membiarkan ia membelenggu diri, hapuskan segala pemikiran negatif dari minda.

Sebaliknya, fokuskan kepada perkara yang positif sahaja. Syukur terhadap apa yang anda sudah ada, seperti orang yang memberi sokongan, serta kesihatan yang baik.

Jika anda perlu berfikir mengenai perkara yang buruk, cuba ubah persepsi dan melihatnya sebagai sesuatu yang positif.
Nescaya hidup anda akan berjalan dengan lancar.

Ingat ya, Tuhan sentiasa ada di sisi. Dia menguji hambaNya yang Dia sayang, jadi jangan sesekali berputus asa dalam meminta petunjuk daripada-Nya.

Sumber: AkuIslam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 14 Jan 2019

Want your kids to love vegetables? Try serving it with some dipping sauce

Research says kids are most likely to eat vegetables when paired with dips.

familuv Thu, 16 Aug 2018

Elak Tersilap Dos, Ini Tip Yang Betul Untuk Beri Ubat Kepada Kanak-Kanak

Jika anda tersalah memberi dos ubat ia boleh mengancam nyawa si manja.

familuv Mon, 7 Jan 2019

7 petunjuk si manja anda sudah bersedia untuk makanan pertama

Ibu bapa patut memperkenalkan bayi kepada makanan pejal selepas enam bulan pertama.

familuv Thu, 17 Jan 2019

7 peraturan keselamatan di dapur yang kanak-kanak perlu patuhi

Pastikan anak anda tahu jika dia menolong anda masak.

familuv Sat, 19 Oct 2019

Panduan mudah menyusu bayi sumbing, barulah bayi kenyang!

Penyusuan lebih lancar jika ikut cara yang betul

familuv Tue, 12 May 2020

Cara elak si kecil buat perangai depan tetamu

Walaupun di rumah  sendiri, perlu berkelakuan baik

familuv Fri, 7 Sep 2018

Penyusuan Badan Membekalkan Nutrisi Terbaik Untuk Bayi Tapi…

Demi kebaikan si kecil, para ibu yang mengidap HIV tidak dibenarkan sama sekali menyusukan bayi mereka.

#tilljannah Wed, 11 Jan 2023

Kongsi Video Sempena Ulang Tahun Kelahiran Suami, Mawar Rashid Sebak – “Banyak Ups & Down Kita Lalui Sama-Sama…”

Baru-baru ini, pelakon Mawar Rashid berkongsi video sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih mesra dipanggil Raf di laman Instagram. Menerusi hantaran tersebut, Mawar sebak apabila menyunting video tersebut memandangkan terlalu […]

familuv Mon, 1 Apr 2019

Inilah kemahiran yang ‘bapa moden’ perlu ada!

Setakat menghulurkan wang perbelanjaan sahaja tidak cukup!

familuv Thu, 6 Feb 2020
error: Content is protected !!