Categories: familuv

Belajar Buat Kad Unik Ini Untuk Orang Tercinta, Mesti Hatinya Berbunga-Bunga Nanti!

Tahun ini, Hari Ibu jatuh pada 13 Mei. Ha, nak dekat dah tu! Anda dah ada idea nak bagi apa untuk ibu tercinta?

Kalau tak ada, apa kata anda berikan kad special kepadanya? Kalau nak extra special, buat sendiri! Ala, macam zaman sekolah dulu untuk Pendidikan Seni. Ingat tak?

Usaha anda akan lebih membuktikan rasa sayang anda kepadanya. Dan anda boleh tuliskan mesej kepada ibu anda di dalamnya. Mesti ibu akan rasa terharu!

Tapi daripada kad simple saja, apa kata anda cuba buat kad yang luar biasa sikit? Siap ada pop-up bunga-bunga lagi!

Jika anda ingin cuba buat kad ala 3D ini, ini dia sebuah tutorialnya. Anda perlukan kertas berwarna, pen highlighter, gunting dan gam.

Terpulanglah kepada anda untuk untuk menghiasi kad itu sebagaimana rupa sekalipun. Bahagian paling penting ialah bunga yang berkembang di tengah-tengah kad itu.

Mudah saja! Anda juga boleh sama-sama cuba buat kad ini dengan anak anda. Selamat mencuba!

Sumber: Anikó Dóbiász

Ad Ops