Categories: familuv

Ciuman Mulut Beri Kebaikan Kepada Kesihatan Suami Isteri

Selain amalan pelukan 10 saat yang mampu meningkatkan kasih sayang antara pasangan, ibu bapa dan anak-anak, ciuman mulut ke mulut satu lagi terapi untuk membangkitkan kemesraan antara suami dan isteri. Bahkan mempunyai banyak kelebihan dari sudut kesihatan diri.

Salah satu darinya adalah, bercium mulut dapat membakar dua hingga enam kalori seminit!

Walaupun jumlah kalori tersebut tak terlalu banyak, tapi jika anda selalu melakukannya, ia dapat membakar kalori dengan jumlah yang agak lumayan.

Terdapat kelebihan lain jika anda mengamalkan ciuman mulut ke mulut. Nak tahu apakah kelebihan yang lain itu, teruskan membaca!

Foto: Fondos Imagenes

5 manfaat ciuman mulut ke mulut yang mungkin anda tak tahu

1. Ciuman mulut ke mulut dapat meningkatkan sistem imunisasi

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Medical Hypotheses mengatakan, ciuman boleh meningkatkan kekebalan tubuh wanita dari Cytomegalovirus.

Virus ini sangat berbahaya untuk ibu mengandung kerana ia boleh menyebabkan bayi yang lahir cacat.

Semasa bercium, anda dan pasangan akan menukarkan kuman dan virus dari dalam mulut. Oleh kerana ini, ia sekaligus meningkatkan kekuatan tubuh anda untuk melawan dari dijangkiti virus.

2. Ciuman boleh buat anda rileks

Kajian yang dilakukan oleh Lafayette College telah menemui, semasa anda cium bibir pasangan, badan anda akan mengeluarkan hormon yang boleh membuatkan anda bahagia.

Hormon oksitiksin, dopamin dan endorfin adalah antara hormon yang anda keluarkan semasa bercium.

Ketiga-tiga hormon ini boleh membuatkan anda rasa tenang dan rasa disayangi. Anda hanya memerlukan ciuman selama 20 saat untuk melepaskan hormon-hormon ini.

3. Menjaga kesihatan jantung

Sakit jantung selalunya berpunca daripada tekanan darah yang tinggi dan kolestrol. Jika anda stres, ia pasti akan membuatkan tekanan darah anda meningkat.

Jadi, jika anda selalu bercium dengan pasangan anda, secara tak langsung anda sedang menjaga kesihatan jantung anda.

4. Panjang umur

Suami isteri yang menjadikan ciuman mulut ke mulut sebagai rutin mereka ternyata mempunyai jangka umur lima tahun lebih lama daripada pasangan yang jarang bercium.

Ini kerana, ciuman boleh meningkatkan kadar hormon dalam darah dan boleh buat anda lebih sihat dan panjang umur.

5. Hubungan semakin mesra

Apabila anda menjadikan ciuman sebagai rutin anda, hubungan anda dengan suami sudah tentu akan jadi semakin mesra.

Ini kerana ciuman merupakan salah satu cara untuk anda menunjukkan rasa cinta dan sayang. Malah, sesetengah orang lebih bahagia jika mereka mendapat ciuman selepas melakukan hubungan kelamin.

Sumber: The Asian Parent

Yanie Baharom