Categories: Oh Lawa

4 Rangkaian Jenama Fesyen Plus-Size Untuk Anda Yang Berbadan Curvy

Miliki bentuk badan yang berisi ataupun ‘curvy‘ tidak semestinya tidak boleh tampil bergaya! Sila buang jauh-jauh stigma sebegini ya!

Mungkin dalam fikiran anda, orang yang berbadan berisi sukar untuk mencari saiz baju. Sebenarnya, anda perlu bijak mencari butik yang menyediakan pakaian plus-size, ini kerana tidak semua butik pakaian ada menjual saiz sehingga xxl. 

Tapi, selari dengan arus moden semasa, hab fesyen di Malaysia kini semakin sedar akan permintaan fesyen plus-size yang meningkat. Jadi, penulis senaraikan 4 butik pakaian yang fokus untuk menghasilkan pakaian untuk wanita bertubuh curvy.

1. Mis Claire

Mis Claire percaya bahawa ‘equality for plus size clothes are rare’, jadi mereka tampil dengan memberikan segalanya yang anda perlukan termasuklah t-shirt, jeans, blaus ataupun office attire

2. Mo Based in KL

Jenama ini menyasarkan untuk memberi keselesaan dengan konsep moden berserta minimal twist bagi memenuhi permintaan individu tanpa mengira saiz pakaian. Wanita sekarang pun suka akan sesuatu yang nampak moden seiring dengan peredaran zaman.

3. Ms Read

Diasaskan oleh Helen Read, jenama ini menawarkan pakaian plus-size berkualiti tinggi yang pastinya akan melengkapi tubuh curvy kamu dengan sangat sempurna! 

4. Luv Curvy Fashion

Bagi anda yang nak menghadiri majlis makan malam ataupun majlis tertentu, jenama ini ada menyediakan gaun yang lebih glamor! Harganya sangat berpatutan iaitu RM100 ke bawah.

So, lepas ini dah tak ada alasan untuk tidak bergaya walaupun berbadan curvy! Yang penting kena confident okay!

Sumber: Stail

tex_admin