Categories: familuv

Elak Tersilap Dos, Ini Tip Yang Betul Untuk Beri Ubat Kepada Kanak-Kanak

Setiap ibu bapa yang mempunyai anak kecil seharusnya lebih alert tentang pemberian ubat kepada mereka. Ini kerana, jika anda tersalah memberi dos ubat, ia boleh mengancam nyawa si manja anda. 

Bukan itu saja, kesilapan dos ubat juga boleh memberi kesan sampingan kepada tubuh badan. Antaranya kesan sampingan yang biasa ialah loya, muntah-muntah, pening dan pedih perut.

Kalau ia terjadi pada bayi, mungkin bayi anda akan menangis tanpa henti akibat daripada kesan sampingan tersebut. Jadi, anda perlu sentiasa peka tentang dos ubat selain mengetahui alat yang patut digunakan untuk beri ubat kepada anak. 

Jom kita lihat antara alat yang patut anda gunakan ketika memberi ubat kepada si manja. 

1. Picagari

Foto: The Fibreglass Shop

Picagari (syringe) sesuai digunakan untuk beri ubat kepada kanak-kanak sejak dari usia bayi. Ia ada senggatan untuk ukur dos yang tepat mengikut sukatan yang diberikan oleh doktor. 

Cara yang betul untuk menggunakan picagari ini adalah dengan memancut ubat secara perlahan dan terkawal ke arah bahagian dalam pipi untuk elak bayi tersedak.

2. Penitis

Foto: Twitter

Alat penitis (dropper) ini juga sesuai untuk bayi anda. Konsepnya sama seperti picagari iaitu ada senggatan untuk mengukus dos. Biasanya satu picitan dropper ini sudah dibuat untuk mengukur satu dos. Tapi, anda perlu semah dahulu jumlah dos sebelum beri kepada bayi anda.

3. Dosage cup

Foto: Twitter

Dosage cup ini pula sesuai untuk kanak-kanak yang sudah boleh minum dari cawan. Ia boleh mengukur ubat dengan jumlah yang lebih besar. Anda hanya menuang ubat di dalam dosage cup mengikut dos ubat yang disarankan oleh doktor.

4. Sudu

Foto: Wikipedia

Sudu adalah antara alat yang biasa digunakan bagi ibu bapa yang nak cepat. Tapi, anda juga perlu tahu bahawa ada risiko dos kurang tepat jika menggunakan sudu. Ini antara sukatan kasar untuk sudu:

1 sudu besar = 15 ml 

1/2 sudu besar = 7.5 ml

1 sudu teh =  5 ml

1/2 sudu teh = 2.5 ml

Jadi, pilihlah alat yang sesuai mengikut umur anak anda dan paling penting, anda perlu peka dengan dos yang disarankan. Jangan ikut sesuka hati saja, ya! Semoga bermanfaat.

Sumber: Twitter

tex_admin