Perli Siapa Tu? Faiz Roslan Muat Naik Video Masuk Tandas OKU

Alahai, Faiz Roslan buat hal lagi. Kali ini, beliau sekali lagi memuat naik video berdurasi kurang dari 40 saat menunjukkan beliau menggunakan tandas OKU namun, kelihatannya video tersebut telahpun dipadam.

Dalam video tersebut, Faiz dilihat membuka pintu tandas OKU dan memberitahu bahawa tandas itu hanya digunakan untuk golongan LGBT sahaja sambil menolak rakannya yang sedang merakam video tersebut. 

Isu transgender antara isu hangat yang sering diperkatakan sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja sensitif malah, isu kontroversi melibatkan golongan ini seringkali mendapat perhatian meluas.

Jadi, mungkinkah Faiz Roslan memadam video yang dimuat naik olehnya sendiri kerana takut? 

Hurmm, what say you Faiz?

Salma Syahbuddin