Categories: familuv

Enam perkara yang harus dipersoalkan apabila anda berada di ambang perceraian dengan pasangan

Oleh Syarifah Fatin Anisa 

Tidak semua perkahwinan yang bermasalah akan berakhir dengan perceraian.

Kadangkala, anda hanya ingin berjauhan dengan pasangan buat sementara waktu bagi meredakan tekanan yang dialami.

Masalah yang timbul dalam perkahwinan adalah perkara biasa, terpulang kepada anda bagaimana untuk menanganinya sebaik mungkin.

Ada masalah yang boleh diperbaiki melalui perbincangan dari hati ke hati, tetapi jika si dia mendera anda dan anak secara fizikal, anda tidak perlu berfikir panjang untuk keluar daripada perkahwinan sebegitu.

Sesetengah individu tidak boleh diubah meskipun banyak peluang diberikan.

Foto: IamExpat

Jika kebahagiaan diri sendiri menjadi taruhan, 10 perkara mengenai perhubungan anda dan pasangan ini harus dipersoalkan.

Meskipun berpuluh sesi kaunseling dilalui, anda masih tidak boleh menyembunyikan perasaan meluat terhadap apa sahaja yang pasangan anda lakukan. Adakah anda merasakan bahawa pasangan anda menyakitkan hati?

1. Adakah semua perkara membawa kepada perbalahan? Meskipun perkara itu kecil, anda dan pasangan masih bergaduh.

2. Anda sudah terlalu bosan dengan perselisihan faham sehinggakan anda merasakan bahawa perbalahan terbabit tidak akan membawa perhubungan anda ke mana. Jika ini yang anda hadapi, cuba cara yang lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah.

3. Adakah perasaan sayang selama ini sudah digantikan dengan perasaan benci? Jika masih ada sekelumit rasa sayang, cari punca masalah itu. Jika masih tidak dapat diselesaikan kerana berpunca daripada kes penderaan dan sebagainya, anda boleh mempertimbangkan pilihan untuk bercerai.

Foto: Expertise

4. Perhubungan seks anda tidak serancak dan seberahi dulu, malah anda juga tidak lagi mahu melakukannya.

5. Adakah anda ingin menjauhkan diri daripada pasangan? Sebelum mengambil keputusan untuk bercerai, mungkin anda patut berpisah untuk sementara waktu bagi menenangkan fikiran. Jangan terus membuat keputusan drastik!

6. Jangan risau! Jika soalan yang telah ditanya menepati situasi yang sedang berlaku ke atas anda sekarang, ia tidak bermakna anda sedang menuju ke arah perceraian.

Ia mungkin bermakna perkahwinan anda sedang mengalami masalah dan ini adalah masa bagi menilai kembali perasaan dan komitmen anda kepada perhubungan yang sedang dibina.

Sumber: Live About

 

tex_admin