Hubungan percintaan antara dua insan adalah unik dan berbeza dengan pasangan lain dan mereka yang berjaya mencari cinta sejati patut dicontohi. Apakah rahsia mereka?
Untuk mengenal pasti faktor yang membuatkan sesuatu pasangan itu bahagia, portal temu janji eHarmony membuat bancian terhadap 2,327 rakyat Amerika yang berada di dalam hubungan percintaan yang berlainan jenis.
Di bawah ini, Ketua Pegawai Eksekutif eHarmony, Grant Langston menyenaraikan ciri-ciri yang ada pada setiap pasangan yang bahagia berdasarkan bancian yang dibuat.
Ada mitos yang mendakwa teman hidup anda akan muncul apabila anda tidak berusaha untuk mencari cinta.
Hasil bancian ini menolak sangkaan ini sama sekali. Menurutnya, individu yang mencari pasangan hidup dengan aktif akan menjalinkan hubungan yang lebih bahagia.
“Orang yang ‘terserempak’ dengan cinta sebenarnya tidaklah bahagia mana,” kata Grant.
Beliau juga terkejut apabila mendapati golongan lelaki lebih aktif dalam pencarian ini berbanding wanita.
Sesetengah pasangan berkahwin kerana desakan keluarga, kestabilan kewangan dan tekanan yang dihadapi akibat usia yang lanjut.
Tetapi 44 peratus daripada pasangan di dalam bancian ini yang berkahwin kerana cinta melaporkan yang mereka kini rasa sangat bahagia.
Secara purata, pasangan bahagia mengadakan hubungan kelamin sekali seminggu dan dalam sesetengah kes, setiap hari.
Bagaimanapun, Grant menjelaskan bahawa walaupun hubungan seks yang kerap dianggap penting, kebanyakan pasangan tidak melihat seks sebagai sesuatu yang penting bagi hubungan mereka.
“Mereka faham yang jika mereka tidak pentingkan kepandaian serta kestabilan emosi, mereka tidak akan dapat ssatu hubungan yang baik.”
38 peratus daripada pasangan ini melaporkan bahawa mereka bahagia dan berfikiran terbuka apabila di bilik tidur.
Menurut kajian ini, pasangan yang mempunyai minat dan hobi yang sama lebih berkemungkinan untuk menjadi bahagia bersama. Tetapi mereka juga perlu mempunyai persamaan dari segi personaliti.
Contohnya, mereka mesti mempunyai taktik yang sama dalam menyelesaikan konflik. Jika seseorang itu lebih gemar untuk berbincang secara tenang manakala pasangannya lebih cenderung untuk menjerit dalam kemarahan, mereka tidak akan berjaya sebagai pasangan cinta.
6. Sependapat dari segi politik
Pasangan cinta kini menitikberatkan kepentingan politik di dalam hubungan mereka. Majoriti daripada mereka sering berbincang secara terbuka mengenai topik ini.
Bagaimanapun, mereka patut mempunyai pandangan yang sama; jika tidak, perbincangan ini akan menyebabkan pertengkaran.
7. Tahap pendidikan yang serupa
Secara purata, pasangan individu yang berpendidikan akan lebih bahagia. Bagaimanapun, Grant berkata ia lebih baik jika si dia mempunyai tahap pendidikan yang sama dengan pasangannya untuk bahagia.
8. Percaya pada komunikasi
Banyak pasangan berpendapat komunikasi ialah antara faktor terpenting dalam mencapai kebahagian. Bentuk komunikasi yang paling berguna ialah kata-kata yang menunjukkan rasa kasih sayang seseorang terhadap pasangannya. Yang paling tidak penting ialah pemberian hadiah.
42 peratus daripada pasangan bahagia tidak merasakan yang individu ini mendominasi individu yang seorang lagi.
Ciri-ciri ini sering dijumpai dalam pasangan generasi muda. Pasangan yang lebih berumur berkata, pihak lelaki lebih mendominasi dalam membuat keputusan, menguruskan kewangan serta menetapkan hal hubungan kelamin.
“Hanya separuh daripada peserta bancian ini berkata mereka berkongsi kuasa di dalam hubungan mereka,” kata Grant. “Ini bermakna separuh lagi pasangan tidak begitu bahagia.”
Kesihatan bagi 44 peratus daripada pasangan terjejas akibat masalah kesihatan mental. Tetapi pasangan yang mampu berbincang mengenai isu kesihatan mereka secara terbuka dianggap jauh lebih bahagia.
Walaupun tiada keluarga yang tampak sama, kajian ini mendapati antara mereka yang melaporkan kehidupan dengan pasangan adalah bahagia, majoritinya mereka mempunyai dua cahaya mata.
Majoriti pasangan bahagia berumur di antara 25 ke 44 tahun.
Sumber: Insider
Alamak, sabar la ya Ruhainies
Ha pedas dan padu pesanan Che Ta!
Semoga baik-baik saja
Alamak! Betul ke ghost account?