familuv By: Yanie Baharom December 5, 2018 @ 9:00am

Terapkan Rasa Syukur Dalam Keluarga, Upaya Bentuk Sahsiah Diri Yang Jitu

Membentuk sahsiah diri yang jitu adalah dengan menerapkan nilai-nilai murni dari rumah. Apa juga masalah yang dihadapi, tanganinya dengan cara berhemah. Jangan sesekali berperang di hadapan anak-anak kerana tanpa anda sedar, anda telah mencemar emosi mereka.

Selain itu terapkan rasa syukur di dalam hati mereka selain besederhana dalam segala hal supaya anak-anak tidak membesar dengan budaya berlebihan, material dan mengejar dunia semata-mata.

Berikut ialah cara untuk menerapkan rasa syukur dalam keluarga:

Foto: fimadani

1. Latih Untuk Redha

Ketua keluarga hendaklah melatih keluarga supaya mempunyai sifat bersyukur serta redha tentang apa yang diterima dan bukan sebaliknya, iaitu tidak berpuas hati dan tidak redha tentang rezeki yang diterima. Keredhaan di sini termasuk merasa syukur dan membandingkan diri mereka dengan orang yang kurang bernasib baik dari mereka.

Seperti contoh jika anak merungut atau tidak mahu ke sekolah, cuba nasihati bahawa dia sepatutnya bersyukur kerana ada yang kurang bernasib baik yang tidak dapat bersekolah kerana tidak mampu.

2. Mengajar Keluarga Bersyukur Setiap Hari

Cuba untuk mengajar anak dan ahli keluarga berkongsi apa sahaja yang berlaku pada setiap hari yang membuat mereka bersyukur. Jadikan ia sebagai tabiat harian keluarga dan boleh dilakukan pada setiap masa. Ia boleh dilakukan pada waktu makan, semasa perjalanan untuk ke sekolah, waktu sebelum tidur atau apa sahaja masa terbaik yang sesuai.

Dengan ini ahli keluarga lebih lagi anak-anak akan menyedari pentingnnya bersederhana dalam apa jua keadaan. Keinginan dan perasaan menunjuk kepada orang lain akan mengundang perasaan tidak puas hati.

3. Bersikap Sederhana

Kaedah yang terbaik adalah dengan mempunyai sikap sederhana dan tidak tamak. Sentiasa meredhai apa yang ada di depan mata serta mengurangkan pembaziran dan berlebihan. Ibu bapa perlu memulakan sikap bersederhana agar anak akan mengikut perilaku anda.

Manfaatkan rezeki sepenuhnya walaupun ianya sedikit dan tidak bergaduh atau berebut. Tidak perlu berbelanja lebih demi untuk menunjuk. Budaya ini tidak digalakkan kerana ia akan menyebabkan anak juga mengikuti tabiat buruk ini dan akan membuatkan mereka lupa cara untuk bersyukur.

4. Memberi Kepada Yang Memerlukan

Sentiasa elakkan pembuangan yang boleh dijangkakan. Kesyukuran dalam bentuk rezeki, lebih atau kurang juga boleh dikongsi dengan orang lain seperti jiran dan orang terdekat agar semua dapat merasainya. Ia dapat membantu keluarga mengawal diri daripada mempunyai perasaan riak dan takbur.

Kesyukuran juga membina diri kita supaya sentiasa bertimbang rasa dan membantu orang lain. Mengajar untuk bersedekah daripada peringkat awal boleh mempengaruhi kehidupan anak apabila mereka membesar kelak.

5. Amalkan Mengucapkan Terima Kasih

Ibu bapa perlu memulakan trend berterima kasih. Tunjuk teladan yang baik kepada anak dengan sentiasa mengucapkan rasa terima kasih jika anak anda memberi sesuatu. Jadi mereka akan belajar dan kemudian turut sama menzahirkan rasa terima kasih.

Rasa terima kasih kepada Tuhan sebaiknya juga sudah ditanamkan sejak kecil. Terdapat bermacam bentuk terima kasih yang boleh diajar kepada keluarga. Salah satu berterima kasih kepada Tuhan mengikut cara yang sesuai dengan ajaran agama masing-masing. Misalnya untuk yang beragama Islam, boleh mengucapkan Alhamdulillah, dan disertai dengan sujud.

Sumber: Her Inspirasi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 27 Sep 2019

Elak sumbang mahram! Fahami batas aurat dalam keluarga

Jangan sampai menyesal kemudian hari…

familuv Sat, 17 Dec 2022

[VIDEO] Buat Trend Video Anime Di TikTok, Zulin Aziz Undang Tawa – “Dah Kenapa Sampai Tukar Jantina Ni Oi!”

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz memuat naik video memaparkan dia dan suami, Farhan Norzaini melakukan ‘challenge’ made you look yang menukarkan wajah seseorang dalam bentuk anime 3D di TikTok. @zulinazizDah kenapa sampai tukar jantina ni […]

Cahaya Mata Fri, 23 Sep 2022

“Fatima Pernah Cakap Nak Baby” – Fattah Amin Bersedia Untuk Anak Kedua

Wahh tak lama lagi dapat adik lah Fatima! Mesti comel 😍🙈

familuv Mon, 24 Jun 2019

‘Pillow talk’ mampu hangatkan hubungan

Komunikasi berkesan itu penting!

familuv Mon, 23 Mar 2020
familuv Sat, 19 Oct 2019

6 cara ajar anak jadi orang yang baik hati

Jangan biar anak jadi pembuli!

familuv Sat, 27 Oct 2018

Risiko Kahwinkan Anak Di Bawah Umur, Satu Kes Kanak-Kanak Mati Pada Malam Pertamanya!

Ibu bapa tolonglah jadi orang tua yang bertanggungjawab!

familuv Sat, 11 Apr 2020

KKM bimbang penularan baharu jika benarkan pelajar IPT pulang

Ibu bapa diminta bersabar, elak kluster baharu IPT!

familuv Tue, 24 Mar 2020