Categories: familuv

Yana Samsudin Kongsi Tip Bila Anak Tantrum

Bagi anda yang mempunyai anak, pastinya ada sahaja ragam mereka kan? Daripada meragam, mengamuk dan seterusnya mula buat tantrum apabila tak dapat apa yang mereka mahukan.

Biasanya, anak tantrum ketika berusia 1 tahun setengah hingga 2 tahun setengah yang mana mereka akan memberontak, buang barang, merajuk dan protes.

Tapi, paling perlu banyak sabar apabila anak buat tantrum di hadapan orang ramai, pasti ada ‘mata-mata’ yang melihat. Mulalah ibu bapa panik fikir cara untuk tenangkan anak. Rasa malu pun ada kan?

Jangan begitu, bukan anda sahaja yang mengalami situasi ini, ramai ibu bapa lain yang mengalaminya termasuklah selebriti Yana Samsudin.

Baru-baru ini, Yana telah memuat naik satu gambar anaknya Aisy Marteen yang sedang tantrum, guling-guling badan ketika berumur 1 tahun setengah. Yana juga telah berkongsi tip untuk berhadapan dengan anak yang sedang tantrum. Jom kita semak!

1. Jangan panik, enjoy the moment

Comel sebenarnya keletah anak yang sedang tantrum, guling macam kipas helikopter di atas lantai. Paling penting ialah zaman kanak-kanak anak kita datang sekali sahaja, lepas itu dia dah dewasa dan kita akan rindu zaman dia tantrum. Jangan panik dan enjoy the moment.

2. Layan-layan sayang

Anak nak berdrama kita layankan. Kita perlu jadi penonton  dan jangan marah anak! Sebaiknya, cuba beri amaran dan cakap baik-baik dengannya tentang apa yang dia mahukan.

3. Alihkan perhatian anak

Alihkan perhatian anak anda dan jangan biarkan dia lama-lama bertantrum. Ambil anak dan bawa ke tempat lain untuk tarik perhatiannya. Anda juga perlu memeluknya dengan penuh kasih sayang dan cuba untuk mulakan perbualan.

4. Beritahu anak tentang kesalahannya

Apabila anak anda sudah senyap daripada menangis, beritahu apa kesalahan yang telah dia lakukan. Terangkan kesalahan yang dia buat itu tidak betul dan beritahu sebabnya.

5. Jangan ada rasa malu dan stress

Bila anak anda tantrum di depan orang ramai, tak perlu rasa malu dan stress. Jangan memarahi anak di depan orang ramai kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan diri anda sendiri juga. Hadapilah situasi ini dengan penuh kesabaran. Anak anda tak akan kecil selama-lamanya!

Ingat, jangan pukul anak anda bila dia sedang tantrum. Cara ini memburukkan lagi situasi dan emosi anak anda. Pujuklah mereka dengan penuh kasih sayang!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Instagram

tex_admin