Featured By: Ad Ops July 15, 2019 @ 2:00pm

10 panduan besarkan anak yang menghidap ADHD

Jika individu itu mengalami gangguan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), kebolehannya dalam memberikan perhatian untuk sesuatu perkara, duduk diam serta mengawal diri akan terjejas.

Sesetengah ibu bapa berhadapan dengan cabaran yang besar dalam membesarkan anak mereka yang menghidap gangguan ini.

Jika anda salah seorang daripada mereka dan tidak tahu apa yang patut dibuat untuk menyenangkan hidup anak anda, jangan gusar. 

Di bawah ini ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan, seperti yang disyorkan oleh Moms.com.

1. Tetapkan rutin dan ikutinya

Dengan mengikuti rutin yang ditetapkan, anak anda akan tahu apa yang dia boleh harapkan. Dan lebih mudahlah untuknya memberikan tumpuan kepada sesuatu perkara.

Selain itu, lama-kelamaan dia akan berasa selesa dengan rutin berkenaan dan akan duduk diam untuk masa yang lebih lama.

2. Tetapkan peraturan dan ikutinya

Selain rutin, anda juga patut tetapkan peraturan yang berstruktur untuk anak kerana ia boleh membantu mengekalkan konsistensi dalam hidupnya.

Salah satu peraturan penting untuk anak yang menghidapi ADHD ialah memastikan mereka menyiapkan kerja rumah selepas pulang dari sekolah sebelum mereka boleh bersuka ria.

Pastikan juga anda luangkan masa untuk membantu anak dengan kerja rumahnya.

Foto: Talking Parents

3. Kekal positif dan beri maklum balas yang menggalakkan

Anak anda boleh mengesan jika anda berada dalam situasi sedih atau muram ketika memikirkan mengenai gangguan yang dihadapinya. Jadi jika anda kekal positif, anak anda akan ikut sama.

Apabila dia hampir putus asa ketika melakukan sesuatu tugasan, berikan semangat kepadanya. Katakan yang anda bangga dengan kebolehannya.

4. Ketahui dan kenakan hukuman yang sesuai dengan tingkah laku anak

Apabila anak anda menunjukkan tingkah laku yang buruk, anda sepatutnya tahu apa hukuman yang sesuai untuk dikenakan terhadapnya. Anda juga perlu konsisten.

Jika anda marah pada satu hari, tetapi esoknya anda tidak marah, besar kemungkinan anak anda akan keliru mengenai apa yang dibenarkan dan apa yang tidak.

5. Berikan arahan yang terperinci

Amat mencabar bagi seseorang yang menghidap ADHD jika mereka diberi maklumat yang  tidak mencukupi mengenai apa yang diharapkan daripada mereka.

Jadi apabila anda ingin anak melakukan sesuatu, pastikan anda menyediakan dan beri sebanyak mungkin maklumat yang boleh.

Jika dia boleh membaca, sediakan arahan bertulis dengan maklumat terperinci supaya senang untuknya menghabiskan setiap tugasan dengan penuh tumpuan.

Foto: Chicago Mind Solutions

6. Lakukan satu perkara pada satu masa

Jika disuruh melakukan banyak tugasan pada satu masa, anak dengan ADHD mungkin tidak akan berjaya. Menyiapkan banyak kerja ialah lebih mudah baginya jika setiap tugasan diberikan satu persatu.

Golongan orang dewasa juga boleh praktikkan panduan ini jika mereka rasa fikiran mereka terlalu berserabut.

7. Jauhi anak daripada sebarang gangguan

Apabila anak anda sedang cuba untuk menyiapkan sesuatu tugasan, pastikan dia tidak diganggu supaya dia boleh berikan tumpuan sepenuhnya.

Ini termasuklah memastikan tempat anak anda menyiapkan kerja sekolah tidak berselerak atau penuh dengan barang-barang. Hanya letakkan barang yang dia perlukan sahaja.

Seelok-eloknya tempatkan mejanya supaya menghadap dinding dan bukannya tingkap. Jika tidak, apa saja yang berlaku di luar boleh mengganggu fikirannya.

Foto: www.moms.com

8. Amalkan gaya hidup sihat (sebagai contoh teladan untuk anak)

Kanak-kanak selalunya belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Jika ibu bapa mereka mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga makan, bersenam dan melaksanakan kerja sendiri yang patut disiapkan, besar kemungkinan mereka akan cuba mengikuti apa yang ibu bapa lakukan.

Selain itu, mengurangkan pengambilan gula juga bagus untuk kanak-kanak dengan ADHD.

9. Sayangi dan hargai keunikan anak

Jika anda melayan anak anda seolah-olah dia berbeza daripada budak lain dengan cara yang negatif, ia akan memberi impak kepada cara dia berkelakuan dan bagaimana perasaannya terhadap diri sendiri.

Tunjukkan yang anda tetap menyayanginya walau apa jua keadaannya sekali pun. Jangan panggil anak anda sebagai ‘lain.’ Sebaliknya, gantikan adjektif itu dengan ‘unik.’

Galakkannya dengan kata-kata seperti “Ibu sayangkan kamu kerana keunikan kamu. Takkan ada sesiapa yang berharga seperti kamu.” Ini boleh dikira sebagai kata-kata galakan.

Foto: homeworkcoach.com

10. Lakukan sesuatu tugasan secara berpasukan dengan anak

Jika anda melihat anak anda melalui kesukaran dalam menyiapkan sesuatu kerja, cuba bantu tetapi jangan lakukan tugasan itu sepenuhnya. Jika tidak, dia tidak akan boleh belajar.

Dengan sokongan anda, dia akan tahu cara untuk bekerja dengan lebih efisyen. Dia juga akan tahu bahawa dia bukan berseorangan jika dia rasa keliru.

Jangan putus asa, ya! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 20 Jan 2023

Tular Foto Siti Bainun & Peguam Layan Movie, Che Puan Khaleeda & Aktivis #JusticeForBella Tampil Bersuara!

Netizen pun pening tengok kejap tak kawan, kejap kawan. Abis tu yang Bainun nangis tu betul ke?

Featured Fri, 22 Feb 2019
Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Thu, 9 Jun 2022
familuv Thu, 19 Jan 2023

Anak Arwah Siti Sarah Manja Tidur Bersama Raissuddin Hamzah, Netizen Kata Uwais Dah Faham Erti Kehilangan Gara-Gara…

Anak kepada penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Uwais Al-Qarni meraih perhatian ramai kerana gelagat manja bersama datuknya, Raissuddin Hamzah. @suciuwais Uwais buat atok tak tido malam macam ni. Anxiety terus atoknya ☺️ #uwaisalqarni #atok […]

Featured Mon, 3 Jul 2023
Sihat Thu, 4 Oct 2018

Betul Ke ‘Gigi Bongsu’ Akan Tumbuh?

Pembentukan gigi bongsu terjadi seawal usia 12 hingga 25 tahun.