Featured By: Ad Ops May 17, 2018 @ 9:00am

12 Cadangan Hidangan Sahur Yang Sihat, Mudah Dan Bekalkan Tenaga

Anda sahur apa pagi tadi? Ke anda tak bangun sahur pun?

Sesetengah orang memang malas nak bangun, tapi sahur adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W tau!

Bagi mereka yang betul-betul bangun, memang biasalah kalau mereka ketandusan idea nak makan apa. Takkan nak makan Maggi setiap hari?

No problem! Di dalam artikel ini, ada banyak hidangan yang dicadangkan oleh pakar nutrisi Nour El-Zibdeh yang anda boleh cuba, bukan saja dalam bentuk makanan tapi minuman pun ada. 

Ia bukan saja ringkas, malah ia kaya dengan ramuan yang boleh berikan anda tenaga sepanjang hari. Senanglah nanti untuk harungi aktiviti seharian anda.

Sebelum itu, anda perlu tahu jenis makanan apa yang anda perlukan untuk mengamalkan diet yang sihat:

1. Serat (kekacang, roti whole-wheat, pasta, brown rice, oat, sayur, buah beri) mengekalkan rasa kenyang dan menguatkan usus.

2. Protein (telur, yogurt, kekacang, soya, ikan, daging putih) melambatkan ketibaan rasa lapar dan membekalkan tenaga.

3. Lemak sihat (avokado, kekacang, minyak zaitun) memastikan anda rasa kenyang untuk masa yang lebih lama. Jauhi daripada makanan segera.

4. Selalu makan sayur atau buah-buahan ketika bersahur. Pilih jenis yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tomato, timun, daun salad, tembikai dan oren.

3. Ingat juga, ya! Anda perlu minum dua gelas air supaya hidangan anda lengkap.

Cadangan hidangan sahur:

1. Kisar susu, yogurt, oat, pisang, mentega kacang, biji chia dan serbuk koko untuk smoothie protein.

Foto: mindfullyfrugalmom.com

Dapatkan resipinya di sini.

2. Masak scrambled eggs dengan sayur bayam dan keju feta dan balut dengan roti tortilla whole-grain.

Foto:

Dapatkan resipinya di sini.

3. Buat muffin bran in advance untuk dimakan sepanjang minggu.

Foto: bromabakery.com

 Dapatkan resipinya di sini.

4. Jika anda kena hidangkan makanan untuk keluarga, sediakan paket instant oatmeal pada hari Ahad untuk digunakan untuk sepanjang minggu.

Foto: theyummylife.com

Dapatkan resipinya di sini

5. Sapukan mentega badam ke atas sekeping roti bakar whole grain, dan makan dengan hirisan pisang dan biji chia.

Foto: Macey Foronda / BuzzFeed

6. Kisar pisang yang telah dibekukan dengan mentega kacang, serbuk koko dan air. Tambahkan oat jika ada.

Foto: buzzfeed.com

Dapatkan resipinya serta resipi smoothie lain di sini.

7. Sediakan telur rebus untuk dimakan sepanjang minggu dan tambahkan sayur untuk menjadi sebuah salad.

Foto: nourition.com

Dapatkan resipinya di sini.

8. Makan Greek yogurt dengan oat, biji chia dan pelbagai jenis beri. 

Foto: iowagirleats.com

Dapatkan resipinya di sini.

9. Bancuh smoothie dengan Greek yogurt, tembikai, epal dan pisang.

Foto: citronlimette.com

Dapatkan resipinya di sini.

10. Buat sarapan wrap segera dengan buah, mentega kacang, cinnamon, dengan roti wrap whole wheat.

Foto: ppbc.com

Dapatkan resipinya di sini.

11. Campurkan telur carak (poached eggs) di atas timbunan sayur hijau serta tomato.

Foto: thegoudalife.tumblr.com

Dapatkan resipinya di sini.

12. Dan jika anda kesuntukan masa, makan saja dua biji telur, sekeping roti whole wheat serta sayur atau buah-buahan.

Foto: Thinkstock

Ingat! Sudahi dengan dua gelas air putih!

Sumber: Buzzfeed

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 7 Jun 2022

“Market Kita Bukanlah…” – Drama Melur Untuk Firdaus Bakal Tembusi Pasaran Indonesia? Ini Respons Penerbit

Fuhh bukan biasa-biasa drama ni 😍 Siap ada peminat dari negara seberang, memang terbaik!

Featured Tue, 21 Apr 2020
Eat Travel Thu, 18 Oct 2018
Featured Fri, 19 Jan 2024
Featured Fri, 14 Oct 2022
Featured Thu, 6 Oct 2022

Gara-Gara Diabetes, Mata Roslan Saleh ‘Dibutakan’ Demi Hilangkan Rasa Sakit Kepala – “Dia Memang Semakin Uzur”

Allahuakbar… beratnya ujian 😥 Semoga Pak Lan dan keluarga diberikan ketabahan 💪