Categories: FeaturedOh Lawa

3 Cara Untuk Menggayakan Skinny Jeans Macam Cindy Crawford

Kain denim, tak kiralah dalam bentuk seluar atau jaket, sudah lama digemari dalam kalangan orang Malaysia.

Kini dah ada macam-macam gaya fesyen di pasaran global yang menggunakan kain ini tapi yang popular dalam kalangan anak muda adalah skinny jeans. Ia macam seluar jeans biasa tapi potongannya sedikit ketat dan mengikut bentuk badan si pemakai. 

Salah seorang selebriti antarabangsa yang meminati seluar jeans jenis ini adalah supermodel Cindy Crawford yang pandai menggayakannya apabila keluar rumah.

Dia memang mempunyai citarasa yang klasik jadi wanita-wanita yang lebih mengikuti trend boleh upgrade rupa fesyen mereka dengan kasut atau beg tangan yang menarik.

Apa-apa pun, cara Cindy menggayakan skinny jeans miliknya masih boleh dicontohi. Di bawah ini adalah 3 rupa fesyen Cindy yang anda boleh tiru.

1. Kemeja berkain lembut + kasut boot paras buku lali

Foto: Getty Images

2. Jaket kulit + T-shirt bercorak belang

Foto: Getty Images

3. T-shirt putih + Kasut flat berhujung tajam

Foto: Splash News

Sumber: WhoWhatWear

Ad Ops