familuv By: tex_admin August 8, 2018 @ 12:14pm

4 Sajian Enak Berasaskan Brokoli Untuk Si Manja

Brokoli antara sayuran hijau yang mempunyai ‘super power‘ yang tersendiri. Kaya dengan vitamin dan mineral, ia amat disarankan untuk pembesaran si manja anda sejak dari usia enam bulan ke atas lagi. 

Untuk pengetahuan anda, brokoli mungkin bukan pilihan terbaik untuk dijadikan sayur pertama bayi kerana ia boleh menyebabkan gas atau kembung perut. Umur yang dicadangkan untuk memperkenalkan brokoli ini apabila bayi anda berusia 8 hingga 10 bulan.

Para ibu juga perlu tahu bahawa cara terbaik untuk memasak brokoli adalah dengan mengukus atau memasaknya bersama minyak zaitun. Anda juga boleh mencampurkan brokoli ini bersama buah-buahan yang lain bagi menambahkan kesedapan puri untuk hidangan bayi anda. 

Bagi anda yang tengah mencari idea untuk menu brokoli untuk si manja, mungkin 4 resipi berasaskan brokoli ini dapat membantu anda. 

1. Puri brokoli bayam

 

Bahan-bahan yang diperlukan

1 cawan bunga brokoli yang telah dibersihkan

2 cawan bayam yang telah dibersihkan

Cara-caranya

1. Masukkan brokoli dalam periuk pengukus sehingga air kukusan mendidih. Kukus sehingga 2 minit.

2. Tambahkan bayam dan kukus lagi selama 2 hingga 3 minit ataupun sehingga brokoli lembut.

3. Angkat dan masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.

4. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.

2. Puri brokoli, oat dan buah pir

Bahan-bahan

1/2 cawan brokoli dipotong kecil

1/2 cawan oat

1 biji buah pir, dikupas dan dipotong dadu

Cara-caranya

1. Masukkan brokoli dan buah pir bersama air ke dalam periuk.

2. Apabila semua bahan sudah empuk, masukkan pula oat. Biarkan selama 3 minit.

3. Selepas 3 minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.

4. Kisar sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.

5. Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.

6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada bayi anda.

3. Omelet brokoli

Bahan-bahan

2 biji telur gred A

1/2 cawan brokoli dipotong kecil

1 ulas bawang merah yang dihiris

2 sudu besar keju mozarella yang diparut.

Secubit garam

Cara-caranya

1. Pukul telur di dalam mangkuk kecil.

2. Tuangkan minyak dalam kuali yang tidak melekat. Gunakan api yang sederhana.

3. Masukkan brokoli dan bawang merah. Masak kedua-duanya dan kacau sehingga brokoli lembut anggaran 5 minit.

4. Pukul telur dengan garam dan tuangkan ke dalam kuali. Biarkan tanpa dikacau.

5. Selepas beberapa minit, taburkan keju di atas permukaan omelet. 

6. Biarkan sehingga omelet kering sehingga masak, barulah diangkat dan hidangkan kepada si manja.

4. Sup brokoli berkrim

Bahan-bahan

1 sudu besar mentega

1/2 biji bawang besar, dicincang

1/2 batang saderi, dicincang

1 1/2 cawan air rebusan ayam

4 cawan bunga brokoli, dipotong kecil

1 1/2 sudu besar mentega

1 1/2 sudu besar tepung serba guna

1 cawan susu

Sedikit garam dan lada hitam yang dikisar

Cara-caranya

1. Cairkan mentega dalm periuk sederhana besar.

2. Tumis bawang dan saderi sehingga lembut. Masukkan brokoli dan air rebusan ayam, tutup dan reneh selama 10 minit.

3. Tuangkan sup ke dalam pengisar. Pastikan tidak lebih daripada separuh penuh pengisar. Kisar sehingga halus.

4. Tuangkan sup ke dalam periuk bersih.

5. Dalam periuk yang lain, cairkan 1 1/2 mentega dan masukkan tepung diikuti susu. Kacau sehingga kental dan berbuih dan masukkan ke dalam sup tadi.

6. Perasakan dengan lada hitam dan garam. Sedia untuk dinikmati bersama roti baguette yang dibakar garing.

Selamat mencuba para ibu!

Sumber: Majalah PaMa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 Oct 2018
Featured Thu, 23 Sep 2021

“Memang Sebab Pertahankan Agama Atau Dendam & Dengki?” – Netizen Persoal Niat Pihak Tertentu Didakwa Dedah Aib Ebit Lew

Isu video tular melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) mendapat perhatian warganet yang mempunyai pelbagai pandangan. Terbaharu, sebuah video yang dikongsi oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong bersama penganalisis jenayah terkemuka, Kamal Affandi di laman […]

Featured Fri, 13 Jan 2023

Keperitan Alami Anxiety, Jerry Zakaria Lepaskan Emosi Dalam ‘Kehilangan’

Sedihnya lagu ni.. Masalah penyakit mental bukan isu main-main tau

familuv Fri, 23 Dec 2022

Kejutan Birthday Bonda Rozita, Aliff Syukri Hadiahkan Cincin Lebih RM25,000.. Netizen Tanya: “Tanda Harga Tu Memang Kena Tunjuk Ek?”

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan ulang tahun ibunya, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda dengan mengumpulkan hampir seluruh adik beradiknya.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff […]

Featured Fri, 24 Apr 2020
Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Fri, 20 Mar 2020
familuv Wed, 3 Apr 2019

Cinta sahaja tidak cukup, anda perlu berusaha untuk pertahankan rumah tangga!

Cinta akan menyatukan anda tetapi mengekalkannya perlu usaha bersama