Featured By: Ad Ops January 16, 2018 @ 9:56am

5 Cara Berhadapan Lelaki Curang

Dalam sesebuah perhubungan daftar kata ‘curang’ adalah sangat ditakuti dan selalu diminta dijauhkan sama sekali. Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Disangka sayang ke hujung usia, namun sedihnya ada yang kecundang di tengah jalan.

Wanita sekalian, ini cara bagaimana untuk anda berhadapan lelaki curang:

1. Jangan salahkan diri

Hal paling penting dalam kes curang, jangan pindahkan kesalahan ke bahu sendiri. Ramai lelaki yang ketahuan curang, mula mencari jalan selamat dengan menyalahkan pasangan mereka. Mungkin benar pasangan ada kekurangan di sana sini, namun semua itu bukan lesen untuk berlaku curang.

2. Bersemuka

Apabila pasangan anda ‘kantoi’ berlaku curang, memendam rasa berseorangan tidak akan menyelesaikan apa-apa, malahan makin membebankan jika tidak diluahkan. Cara untuk bersemuka itu, terpulanglah, namun harus diingatkan supaya anda kekal setenang mungkin.

3. Apa yang boleh dimaafkan?

Setiap orang ada prinsip tersendiri mengenai kemaafan. Ada merasakan keluar berdua tanpa alasan kukuh pun boleh dianggap curang, ada juga berpendapat satu ciuman tidak bermakna apa-apa selagi tidak melarat ke tempat tidur. Teliti kes anda sepenuhnya dan dalami adakah anda mampu memaafkan dan melupakan.

4. Menyesal atau tidak?

Senang saja untuk dia katakan apa yang berlaku satu kesilapan dan amat menyesal dilakukan. Tapi adakah si dia betul-betul memaksudkannya? Kalau benar, boleh move on dan lupakan insiden hitam itu pernah terjadi. Namun, ramai yang susah memberi kepercayaan setelah dikhianati untuk pertama kali.

5. Tetapkan peraturan

Jikalau isu kepercayaan berterusan, tetapkan peraturan antara anda dengan si dia. Contohnya dia tidak boleh menyimpan nombor atau membuat sebarang komunikasi dengan wanita lain tanpa pengetahuan anda. Bukan bermakna mengongkong, tapi ini adalah komitmen yang perlu dilunas dek kesilapannya berlaku curang sebelum ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Nov 2019

Gaya individu mengikut zodiak. Agak-agak betul tak?

Gaya dikatakan bersesuaian dengan personaliti

Featured Mon, 14 Nov 2022
Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Kongsi Video Anak ‘Sleep Call’ Dengan Kekasih, Ramai Puji Sikap Sharifah Zarina – “Sporting Ye Parents Macam Ni!”

Penyanyi Sharifah Zarina dipuji segelintir wargamaya yang menyifatkan dirinya sebagai ibu yang ‘sporting’. Menerusi hantaran di TikTok, Zarina merakam anaknya, Athalia yang sedang ‘sleep call’ bersama teman lelakinya. ‘Sleep call’ merupakan terma yang digunakan apabila […]

Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] Lakonan ‘Savage’ Puteri Balqis Dipuji Ramai – “Gaya Marah Tu Macam Janna Nick”

Fuhhhh! Puteri Balqis buat comeback gaiss 🤩🤩🤩 Mantap lakonan savage Aqish, min luvvvvv 🥰 Lantang tapi sangat zasss 🥵🥵