Featured By: Yanie Baharom April 22, 2020 @ 2:00pm

Fasih kecek Kelate, video usik-mengusik dua beradik berbangsa Cina ini raih hampir sejuta tontonan

Baru-baru ini, tular video kanak-kanak berbangsa Cina berusia empat tahun, Shanice Lim, petah berbahasa Melayu, menyatakan rasa kasih dan menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham.

Semalam tular pula video adik-beradik juga berbangsa Cina, namun apa yang membezakan dan mencuit hati rakyat Malaysia yang menonton gelagat mereka, apabila kedua-duanya mahir bertutur dalam dialek Kelate atau kecek Kelate. Video itu kini meraih jumlah tontonan hampir sejuta penonton kurang daripada 24 jam.

Menerusi satu temu bual bersama sebuah portal, Wee Yun Nee, 23, dan abangnya, Wee Chuan Chin, 26, mengakui tidak menyangka video itu akan tular dan mendapat reaksi luar biasa dalam kalangan warga siber.

Foto: Wee Chuan Chin

“Kami memuat naik video tu macam biasa di Insta Story. Tiba-tiba ada orang maklumkan ia tular di Twitter.

“Tentu saja terkejut dan tak sangka. Mana nak sangka lebih-lebih lagi, banyak sokongan dan maklum balas positif daripada pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat.

“Apapun kami gembira sebab video tu dapat hiburkan orang. Dapat tunjuk yang kita semua walau berlainan bangsa dan agama, kita tetap satu Malaysia,” ujar gadis mesra disapa Yunee itu.

Merupakan penuntut Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) kampus Batu Pahat, Johor, Yunee dan keluarga sering pulang ke Kelantan untuk menziarahi saudara-mara mereka.

“Susah nak cari masakan Kelantan yang sedap di Kuala Lumpur. Jadi kalau balik sana pasti cari peluang makan makanan kegemaran saya.

“Saya suka nasi kerabu, nasi dagang. Budu pun makan, biasanya makan dengan nasi kerabu. Biasanya setahun sekali akan balik sana. Duduk di rumah saudara-mara,” katanya.

Menurut abangnya, Chin, mereka sememangnya boleh bertutur dalam loghat Kelantan kerana kedua-dua ibu bapa mereka berasal dari negeri itu.

Biarpun membesar di Kuala Lumpur, mereka juga sempat menetap di Kelantan sewaktu zaman persekolahan, sekitar 14 tahun lalu.

 

“Mak dan ayah orang Kelantan. Mak berasal dari Lundang, ayah dari Rantau Panjang. Kami di rumah cakap campur-campur. Kadang-kadang bahasa Cina, Inggeris dan Melayu Kelantan.

“Dulu masa saya berpindah dan bersekolah di Kelantan, saya seorang sahaja Cina di sekolah itu, yang lain dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima semuanya Melayu.

“Tapi semua pun peramah dan baik. Saya suka Kelantan sebab semangat perpaduan kuat,” kata Chin yang kini bekerja sebagai jurutera elektrikal di ibu negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 29 Aug 2019

Kyfa Nishka 3 Bulan Hidap Ketumbuhan Buah Pinggang Dan Kanser Otak, Sayu Hati Netizen..

Baru berusia 3 bulan namun betapa berat ujian yang ditanggung bayi comel ini…

Featured Wed, 6 Apr 2022

Tersenarai Dalam ‘The 100 Most Awarded Musician of All-Time’, Siti Nurhaliza Kalahkan Celine Dion & Nicki Minaj!

Siti Nurhaliza terima 329 anugerah & duduki tempat ke-27! Fuhhhhh, terbaik!

Featured Mon, 16 Dec 2019

Kisah hidup Tengku Permaisuri Norashikin dibukukan

Kongsi pengalaman tahun pertama di istana

Gaya Hidup Wed, 6 Apr 2022

Philips Steam Generator Jamin Tiada Kesan Bakar Pada Pakaian

Kerja menggosok pakaian bukanlah kegemaran semua. Lebih-lebih lagi ketika mengejar masa untuk ke tempat kerja, menggosok baju yang banyak kedutan memerlukan masa lebih lama. Membantu rakyat Malaysia menyelesaikan tugas menggosok baju penuh gaya, Philips memperkenalkan […]

#LaguXTRA Thu, 30 Mar 2023

#LaguXTRA: Boleh ‘Relate’ Dengan Kehidupan, Lagu Kegemaran Shasha Abedul Sangat Dekat Dihatinya

Duduk sorang-sorang dengar lagu tu memang automatic jatuh air mata

Featured Sun, 21 Mar 2021

Bila Boleh Rentas Negeri? Ini 6 Faktor Penilaian Risiko Oleh KKM

Bulan Ramadan dan Syawal bakal menjelang tiba dan pastinya ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman. Walaupun sekatan rentas negeri masih belum dibenarkan di antara kawasan hijau, namun adalah tidak mustahil untuk orang […]