Featured By: Shaidah Shafie March 16, 2020 @ 11:00am

5 tanda badan tidak cukup karbohidrat!

Kebanyakan individu yang cuba menurunkan berat badan pasti akan mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat. Ada juga yang akan terus membuang kumpulan makanan berkabohidrat seperti nasi dan roti daripada menu harian.

Hakikatnya, badan memerlukan karbohidrat bagi membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian, malah dalam piramid makanan kumpulan makanan karbohidrat tetap disenaraikan.

Pakar Pemakanan Berdaftar dari Florida, Jenna Appel, berkata membuang karbohidrat sepenuhnya daripada menu harian boleh menjejaskan kesihatan dan memudaratkan jika tidak diambil dalam tempoh yang lama.

“Tanpa karbohidrat yang cukup, otak tidak akan dapat berfungsi dengan baik kerana 90 peratus tenaga datang daripada karbohidrat.

“Pastikan badan mempunyai cukup karbohidrat untuk aktiviti seharian dan otak juga dapat berfungsi dengan baik,” katanya dalam satu perkongsian yang disiarkan oleh penulis kesihatan, Lauren Del Turco.

Sayur-sayuran hijau, pisang, jagung dan ubi adalah antara sumber karbohidrat yang baik untuk badan. Foto: NSTP/EMAIL

Sumber karbohidrat yang paling mudah diperoleh ialah nasi, ubi, roti, kentang, bijirin dan aneka mi.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan memperkenalkan kempen Suku Suku Separuh iaitu suku kelompok makanan karbohidrat, suku kelompok makanan daripada sumber protein seperti ikan, daging dan kekacang, manakala separuh lagi fiber iaitu buah-buahan serta sayur-sayuran.

Berbanding pengambilan makanan yang tidak mengandungi karbohidrat, suku-suku separuh didapati lebih berkesan membantu proses penurunan berat badan tanpa kesan sampingan.

Nasi adalah sumber karbohidrat yang paling mudah diperoleh. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Jenna berkata, keperluan karbohidrat setiap individu adalah tidak sama, namun tidak boleh membuang karbohidrat terus daripada menu harian.

“Setiap individu mempunyai malamat dan gaya hidup berbeza, sudah semestinya jumlah karbohidrat yang mereka perlukan juga adalah berlainan jumlahnya.

“Sekiranya badan tidak cukup karbohidrat, ia akan memberi isyarat dan anda perlu peka isyarat berkenaan bagi mengelakkan masalah yang lebih teruk,” katanya.

Senaman bagus untuk kesihatan badan, namun pastikan badan cukup karbohidrat jika ingin melakukan kegiatan seperti itu. Foto:  NSTP/HAFIZ SOHAIMI

Ketahui lima cara mengenal pasti sekiranya badan tidak cukup karbohidrat.

1. Keletihan melampau

Badan akan mengalami  rasa letih yang luar biasa jika kurang karbohidrat kerana ini menandakan seseorang itu tidak memperoleh sumber tenaga yang mencukupi.

2. Kurang tumpuan

Apabila badan berasa lemah, seseorang itu akan mudah hilang tumpuan. Semak semula apa jenis makanan yang diambil sebelumnya, mungkin anda kurang mengambil karbohidrat dalam menu harian.

3. Mengantuk

Karbohidrat adalah sumber tenaga, justeru apabila badan kurang tenaga, seseorang itu akan kerap mengantuk walaupun sudah mempunyai tidur yang mencukupi.

4. Sakit kepala

Kekurangan karbohidrat juga boleh menyebabkan seseorang itu sakit kepala. Lazimnya, sakit kepala disebabkan kekurangan air dalam badan, namun jika tidak mempunyai tenaga yang mencukupi juga boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk.

5. Masalah pencernaan

Satu tanda paling ketara jika badan terlalu kurang karbohidrat ialah susah membuang air besar. Pastikan anda membuang air besar sekurang-kurannya sekali sehari.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 5 Apr 2020
Featured Tue, 30 Nov 2021
Featured Fri, 20 Dec 2019
Featured Wed, 9 Mar 2022
Featured Tue, 1 Jun 2021

Tan Sri Lim Kok Wing Meninggal Dunia

Pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing meninggal dunia di Hospital Pantai, hari ini pada usia 75 tahun. Universiti Limkokwing dalam satu kenyataan memaklumkan, mendiang seorang yang banyak berjasa dalam pendidikan inovatif […]

Featured Mon, 28 Aug 2023

Sophia AlBarakbah Didakwa Putus Dengan Kekasih?

Serius lah dah breakup?🤓🤓🤓

Featured Wed, 24 May 2023