Featured By: Maya Basir April 3, 2023 @ 6:36pm

Kembali Aktif Berlakon, Mira Filzah Sudah Rancang Anak Kedua

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah memberitahu ada rancangan untuk menambah zuriat tetapi mahu memberi fokus terlebih dahulu kepada cahaya mata sulung, Wan Khair Amir.

Memetik laporan Utusan Malaysia, dia mahu memberi sepenuh perhatian kepada Amir yang baru berusia setahun tambah pula kini Mira sudah kembali aktif berlakon semula.

“Perancangan itu ada tetapi bukan dalam masa terdekat. Saya mahu fokus Amir dulu. Memang saya dan suami ada berbincang menambah zuriat tetapi nanti dulu, kita beri perhatian kepada Amir dulu.

“Sekarang pun saya sudah kembali aktif selepas lebih setahun ‘berehat’. Saya lebih banyak luangkan masa dengan Amir sejurus pulang ke rumah dari set penggambaran.

“Apa sahaja yang saya lakukan, keutamaan tetap suami dan anak. Tiada niat lain untuk mencari rezeki halal selain daripada keluarga. Perubahan hidup mematangkan saya,” katanya.

Sementara itu, Mira bersyukur suami memberi sokongan dan tidak menghalang dirinya untuk kembali aktif dalam dunia seni.

“Alhamdulillah, suami sangat terbuka saya kembali aktif. Dia adalah sistem sokongan saya yang terbesar. Tetapi saya sedar batas dan had sebagai seorang isteri.

“Apa yang saya lakukan, adalah kehendak saya. Suami selalu memberi sokongan selagi tidak bercanggah dengan hukum hakam. Saya seorang isteri dan ibu, saya tahu peranan itu.

“Saya lebih berhati-hati kerana tidak mahu tempiasnya kena pada suami dan anak. Saya sebagai wanita cuba menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk mereka,” ujarnya.

Untuk rekod, Mira dan Wan Emir telah mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan menyambut ulang tahunnya yang ke-30, semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Nov 2018

Terbaiklah! Mat Redho Harumkan Nama Negara Di Perth

Juara program Fear Factor Malaysia Mohd Redha Rozlan mengharumkan nama negara selepas menjuarai Ninja Challenge League (NCL) 2018 di Perth, Australia.

Featured Thu, 14 Feb 2019
Trending Fri, 7 Jan 2022

IGN SEA Mulakan 2022 dengan Squad Up: Athena, Memperkasakan Gamers Wanita di Seluruh Asia Tenggara

Memulakan tahun baharu, REV Media Group (RMG) melalui Rangkaian Permainannya, IGN SEA membawakan kejohanan e-sukan yang pertama untuk tahun ini dengan Squad Up: Athena khusus buat para wanita! Squad Up membuat penampilan sulungnya pada tahun […]

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Tue, 26 Dec 2017

Peliknya Suami Saya Tidak Cemburu!

Izara akui dirinya masih mempelajari tanggungjawab yang perlu digalas, tapi katanya mujurlah suami tidak cerewet. Mengenai zuriat pula, Izara tidak menolak andai diberi rezeki awal.