Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 18, 2023 @ 12:30pm

[VIDEO] Insiden Adam Lee Bergaduh Di Kedai Karpet, Dazrin Kamarudin Tegaskan Bukan Gimik & Promosi – “Tak Ada Kena Mengena Langsung…”

Baru-baru ini tular sebuah klip rakaman video yang memaparkan insiden pergaduhan yang dipercayai pelakon lelaki, Adam Lee bersama seorang individu di sebuah kedai karpet milik pelakon, Dazrin Kamarudin.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (cctv) yang dimuat naik sendiri oleh Dazrin, ia memaparkan insiden seorang lelaki dipercayai amuk lalu menyerang seorang individu.

Tanpa sebarang penjelasan, warganet membuat pelbagai spekulasi terhadap rakaman video yang tular itu malah ada yang mendakwa ia hanyalah sekadar konten sahaja.

Tidak lama kemudian, Dazrin selaku pemilik premis berkenaan tampil memberi penjelasan dan menegaskan apa yang terjadi bukan gimik semata-mata.

“Ramai yang tanya apa yang berlaku dan pelbagai spekulasi bertebaran. Pertama sekali, saya memang minta maaf tetapi saya tak sesuai untuk perjelaskan apa yang berlaku.

“Saya dan team tengah merangkakan satu kenyataan untuk kita bagi keterangan apa yang berlaku. Banyak sangat komen yang dilontarkan dan pada saya, saya rasa sangat ralat.

“Sebab ini memang bukan sebahagian daripada ‘marketing’. Sejujurnya, saya cakap Sweet dan Adam memang datang ke kedai saya untuk mencari karpet dan melakukan sedikit ulasan untuk kami.

“Sebab itu memperjelaskan kenapa ada mikrofon di badannya. Tapi apa yang berlaku yang anda tonton dalam video itu tak ada kena mengena langsung dengan ‘marketing’ daripada kami,” jelas Dazrin.

Tambah Dazrin, kejadian tersebut berlaku selepas Adam dan isterinya, Sweet Qismina membuat ulasan di kedai karpet miliknya.

“Kejadian itu berlaku selepas reviu dan selepas Sweet dan Adam sedang membeli karpet. Tapi untuk jelaskan lebih lanjut, saya tak boleh lakukan sekarang.

“Tapi Insya-Allah pencerahan itu atau penjelasan tentang apa yang terjadi akan dibuat dalam masa terdekat dan saya harap semua bersabar,” katanya.

Dalam pada itu, di akhir video, Dazrin tampil memohon maaf kepada pasangan selebriti tersebut atas apa yang terjadi dan memaklumkan mereka dalam keadaan yang baik.

“Saya ingin memohon maaf kepada Sweet dan Adam atas kejadian yang tak diingini itu. Saya harap Adam dan Sweet pun sudah memaafkan pihak kami. Kejadian itu juga sudah dileraikan. Kedua-dua belah pihak juga dalam keadaan baik,” ujarnya.

Sehingga kini, tiada sebarang penjelasan mahupun kenyataan yang dibuat oleh Adam dan Sweet.

VIDEO

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dazrin Kamarudin (@dazrin88)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Feb 2019
Featured Fri, 7 Apr 2023

“Saya Bangga Dengan Diri Saya” – Kalah Kes Langgar Kontrak, Diarah Bayar Lebih RM200,000… Ini Respons Amelia Henderson!

Amelia diperintah bayar saman lebih RM200,000 beserta buat permohonan maaf dan padam video berunsur fitnah.

Featured Fri, 6 Mar 2026

Karl Shafek Sebak Kuah Kacang ‘Sold Out’ Dalam Masa 5 Minit, Sempat Titip Penghargaan Buat Siti Nurhaliza – “Saya Terasa Seolah-Olah Diberi Sayap Kecil Untuk Terbang”

Pelakon dan pengacara yang kini bergelar usahawan, Karl Shafek mengejutkan ramai pihak apabila dia gagal menahan sebak selepas produk kuah kacangnya habis terjual kurang daripada lima minit.

Hiburan Sun, 20 Oct 2019

赵传担忧自己变太帅!不能再唱《我很丑可是我很温柔》

几乎年年到云顶报到的赵传,透露自己近期有在锻炼身体,所以今年比去年更帅而无法再唱其成名曲《我很丑可是我很温柔》,逗乐全场观众!

Featured Tue, 7 Oct 2025

Hadir Program Islamik Di Luar Negara, Vivy Yusof & Suami Dapat Pelepasan Pasport Antarabangsa

Bagaimanapun, pemulangan semula passport tersebut hanyalah bersifat sementara

Hiburan Tue, 23 Aug 2022
error: Content is protected !!