Featured By: Salma Syahbuddin January 17, 2024 @ 3:31pm

[VIDEO] Kongsi Klip Lincah Menari, Peminat Tegur Uqasha Senrose

Pelakon jelita Uqasha Senrose sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi sebuah video pendek memperlihatkan dirinya sedang lincah menari.

Walaupun sarat hamil anak pertama, namun aktres itu kelihatan sangat aktif berbanding ibu mengandung yang lain.

“Haa, kan dah besar badan tapi kenapa muka tak naik? Dah lah menari tak jadi tapi nak buat juga. Takpelah,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi perkongsiannya di TikTok, tindakan Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31,  menari dengan berlatar belakangkan lagu ‘Everytime We Touch’ nyanyian Cascada menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

Enggan mengambil pusing terhadap komen yang ditinggalkan, rata-rata pengikut Uqasha memuji bahawa aktres itu kelihatan comel dan semakin berseri-seri.

@therealuqashasenrose haaaaa kan dahhh besar badan tapi kenapa muka tak naikkkkk 😭 . dah la nari tk jadi tp nk buat jugak ..🙄 tak pelah #uqashasenrose ♬ Everytime We Touch – Cascada

 

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun meraih lebih 100,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Rabu.

Sekadar info, Uqasha dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November, 2021.

Dan, pada 14 Januari lalu, pasangan ini berkongsi berita gembira kepada umum mengenai kehamilannya selepas dua kali mengalami keguguran.

ARTIKEL BERKAITAN:Tahniah! Pernah 2 Kali Keguguran, Uqasha Senrose Kini Hamil Anak Pertama! – “Jujur Sedih Bila Orang Cakap…”

ARTIKEL BERKAITAN:Uqasha Senrose Kongsi Tidak Alami Alahan Ketika Hamil Anak Pertama – “Makan Dan Bau Semua Okay Cuma…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Fri, 24 Apr 2020

Tradisi Mantai Diteruskan, Ikut Prosedur PKP

InshaaAllah semuanya jadi mudah bila ikut prosedur PKP.

Hiburan Wed, 20 Nov 2019

Awal, Scha Kongsi Tip Cari Rumah Idaman

Misi Rumah Impian yang diarahkan Izuan Mokhtar akan menemui penonton setiap Rabu dan Khamis bermula 27 November ini, jam 9.50 malam di TV3.

Featured Thu, 9 Jun 2022
Featured Wed, 5 Apr 2023
Featured Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Fri, 14 Jun 2019

‘Arwah Pandai Ambil Hati’- Isteri Allahyarham A Rahman Hassan Kongsi Kenangan Lima Tahun Bersama

Arwah sangat penyayang dan pandai mengambil hati orang. Saya masih bersedih atas kehilangannya.

Events Tue, 8 Feb 2022

Alami 9 Keriangan & Pengalaman Menakjubkan Di SkyWorlds Genting Highlands!

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keriangan di SkyWorld of Genting!

Events Mon, 4 Feb 2019

Misha Omar Masih Power, Walau Dilabel Persembahan Statik

Sampai Bila buat bulu roma meremang!

Featured Tue, 20 Jun 2023