Featured By: Nurul Hana June 20, 2023 @ 6:11pm

Pilih MUA Thailand, Janna Nick Mahu Jaga Hati Kawan – “Saya Ambil Jalan Mudah…”

Perkahwinan pasangan pelakon sensasi Janna Nick dan Dini Schatzmann meraih perhatian ramai dengan solekan natural yang menggunakan perkhidmatan makeup artist (MUA) popular dari Thailand, Babara Beer.

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah Cantik! Rupanya Janna Nick Pakai Khidmat MUA Thailand – “Serius Lawa Sangat Makeup Dia, Tak Boleh Move On”

Susulan itu, Janna tampil menjelaskan tujuannya memilih MUA Thailand dengan niat menjaga hati rakan-rakan MUA di Malaysia yang berbakat.

“Kenapa saya memilih makeup artis Thailand adalah kerana terlalu ramai makeup artist Malaysia yang sangat hebat dan sentuhan mereka sangat cantik.

“Ibarat lima orang sudah biasa makeup saya yang semuanya cantik, saya risau saya pilih ni nanti yang sana terasa hati, kalau pilih yang sana nanti di sini terasa hati.

“Saya pilih jalan mudah pilih makeup artis Thailand. Jadi, tiada siapa yang akan terasa hati,” katanya.

Janna ditemui di majlis tayangan perdana Filem Jemputan Ke Neraka yang berlangsung di Starling Mall, Petaling Jaya, petang semalam.

Janna juga memberitahu tentang jumlah bayaran solekannya pada hari perkahwinan yang ditularkan warganet.

“Bila makeup saya digembar gemburkan dan harganya orang viralkan, itu diluar kuasa saya. Bila orang tahu berapa jumlah bayaran untuk harga solekan itu, saya pun agak terkejut. Bukannya datang daripada mulut saya, netizen sendiri yang korek tanya kepada makeup artist itu sendiri,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Janna merasakan tidak ada keperluan untuk menghebohkan tentang solekannya di majlis tersebut.

“Solekan saya yang digembar-gemburkan tu tiada apa yang perlu dihebohkan sangat sebab asalkan saya gembira dan solekan saya cantik untuk majlis saya,” ujarnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Aizat Amdan Stress Alami Berat Badan Berlebihan ?

Kalau nak tahu tips kurangkan berat badan versi Aizat Amdan, Nah!

Hiburan Sun, 17 Feb 2019

Tuduhan Guna ‘Mak Esah’ Viral, AKHIRNYA Netizen Tampil Mohon Kepada Misha Omar

Lain kali jangan ulang lagi ya, berdosa besar fitnah orang lain wak!

Trending Mon, 31 Dec 2018

Mesej Lagu Bagus Tapi…Nasi Lemak Di Dada Bikin Parodi ‘Taki Taki’ Dihentam Teruk

Nasi Lemak yang dilekat di dada penari di dalam video tersebut, dianggap tidak bermoral!

Trending Tue, 2 Jun 2020
Hiburan Wed, 24 Jan 2024
Trending Fri, 27 Jul 2018

Fazley Yaakob Dan Isteri Bersanding Semula November Ini

Fazley mahu melakukan majlis itu secara sederhana dengan menjemput rakan-rakan yang tidak dapat hadir pada majlis perkahwinannya 12 tahun lalu.