Categories: FeaturedOh Lawa

6 Jenama Makeup Antarabangsa Yang Popular Dan Selalu Diciplak

Kalau anda berjalan-jalan di pasar malam pasti anda akan melihat ada saja yang menjual barangan makeup. Tapi, adakah barangan tersebut original

Cuba anda fikir balik, barangan makeup dari jenama luar negara dijual dengan harga yang murah iaitu bawah RM100. Logik ke? Sedangkan harga asalnya lebih mahal! Daripada harga sahaja sudah menunjukkan bahawa barangan tersebut adalah fake. 

Tapi, sejauh mana tahap kesedaran tentang barangan fake ini? Sebenarnya, bahana memakai makeup tiruan ini sama seperti memakai produk krim timbang kilo. Kita tidak tahu di mana, bagaimana, bahan apa yang dimasukkan di dalam produk sehingga dapat dijual dengan harga yang lebih murah. 

Mungkin anda tidak nampak kesan sampingannya sekarang, tapi percayalah kesan tersebut anda akan rasai pada masa akan datang!

Jadi, Hijab & Heels senaraikan beberapa jenama makeup terkenal luar negara yang telah diciplak dan dijual dengan berleluasa bukan saja di pasar malam malah dijual melalui online juga.

1. Huda Beauty

Palet pembayang mata dan gincu matte Huda Beauty ini paling banyak dijual secara tiruan. Harga original bagi palet pembayang mata ini adalah RM250 ke atas.

Foto: Google

2. Kylie Janner Cosmetics

Kit gincu Kylie Jenner Cosmetics antara paling laku keras di pasar-pasar malam. Rekaan pembungkusan memang mengelirukan pengguna. 

Foto: Beautifie.com

3. Nars

Bedak asas dan palet pemerah pipi Nars menjadi mangsa ciplak sesetengah pengilang tidak bertanggungjawab. Hati-hati!

Foto: Pinterest

4. Mac Cosmetics

Jenama ini juga paling banyak dijual di pasar-pasar malam terdiri dari bedak kompak, gincu dan palet pembayang mata. 

Foto: Style Vanity

5. Urban Decay

Kalau anda nak tahu palet pembayang mata Naked Urban Decay antara paling terawal dijual ciplak dan kualitinya sangat menghampakan. 

Foto: The Happy Sloths

6. Fenty Beauty

Bungkusan dan cetakan Fenty Beauty ini banyak digunakan pada produk tiruan.

Foto: Google

Jadi, sebelum nak beli barangan makeup, anda buatlah sedikit research tentang jenama produk melalui laman sesawang rasmi atau akaun Instagram rasmi jenama tersebut. Dari situ anda akan tahu rangkaian produk beserta harganya sekali. 

Biasanya, jenama makeup yang dipercayai dan berkualiti akan dijual melalui stor yang sah dan telah mendapat pengiktirafan seperti Sephora, Watsons, Guardian, Sasa ataupun dari butik kecantikan jenama itu sendiri. Bijaklah dalam membuat pembelian dan jauhilah produk-produk fake ini. 

Sumber: Wanista 

tex_admin