Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Platform Bersepadu 28 Juta Masyarakat Malaysia

Masa depan dunia pemasaran Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (RTMP) sekali melangkah kehadapan dengan membawa nilai pengiklanan menerusi pemasaran TV secara kolaboratif dan inovatif. 

Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad juga telah berkembang dengan adanya platform penyelesaian data dan kandungan melalui televisyen. Langkah ini sekaligus memberi peluang kepada setiap rangkaian jenama dan pengiklanan untuk meraih pulangan komersial yang lebih tinggi melalui tayangan iklan tersebut di kaca TV.

Rangkaian TV nombor satu ini nyata turut dijadikan platform bersepadu untuk 28 juta masyarakat Malaysia. Menjadikan TV sebagai platform utama untuk memperkenalkan sesebuah iklan serta meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai trend terkini dan memahami apakah setiap kehendak masyarakat terutamnya penonton setia Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad. 

Di samping itu, RTMP juga telah melabur dalam mewujudkan perkhidmatan yang lebih sistematik dalam menjalankan beberapa kempen ikonik melibatkan negara Malaysia  sejak kebelakangan ini.

Pengarah, Jualan dan Strategi, Nini Yusof

Pengarah, Jualan dan Strategi, Nini Yusof berkata, TV merupakan medium utama untuk memasarkan kandungan yang lebih inovatif.

 ” TV merupakan medium utama bagi mana-mana sistem pemasaran. Tetapi, format dan mekanik pemasaran bagi kandungan TV telah berubah mengikut peredaran masa. Terutamanya, dari segi penawaran penyambungan OTT dan digital platform. Namun,  di MPB kami pantas menyesuaikan diri dengan memberikan penyelesaian kepada pemacu teras kandungan inovatif kami . Menerusi kempen kreatif yang telah memenangi pelbagai anugerah dinamik, kami secara tidak langsung dapat mengembangkan kandungan TV merentasi siaran, digital, mudah alih dan sosial. Di samping, dapat mewujudkan gabungan pasaran yang unik bagi setiap jenama dibawah kelolaan kami.” Katanya

Sebagai pemacu pemasaran, RTMP turut merekodkan pertumbuhan agresif sebanyak 60 peratus bagi kandungan berjenama menjelang 2017. Menariknya, bukan sahaja dapat menarik  syarikat tempatan  seperti Air Asia  dan Mamee-Double Decker tetapi pelbagai lagi jenama lain seperti Samsung, McDonald’s dan Coca Cola. 

Sebagai penghargaan, RTMP telah memenangi anugerah Industri Media dan Pemasaran. Dan, tahun lepas sahaja RTMP telah meraih 13 penghargaan termasuklah, Best In Show, dan  Pasukan Kreatif Terbaik  di Anugerah Spark Asia Tenggara untuk kecemerlangan media pada tahun 2017. RTMP juga turut memonopoli 22 pencalonan untuk anugerah yang sama yang akan diadakan tidak lama lagi.

Salma Syahbuddin