Featured By: Ad Ops September 21, 2018 @ 9:00am

7 Cara Kegunaan Minyak Kelapa Dalam Rutin Kecantikan Anda

Mungkin ada dalam kalangan anda yang rasa bau minyak kelapa kadang-kadang tak best, tapi jangan perlekehkan kuasanya dari segi kesihatan, okay!

Jika anda menggunakannya dalam masakan, ramuan semula jadi ini boleh membantu anda turunkan berat badan, hidup lebih lama dan lain-lain.

Selain menolong “mencantikkan” lagi bahagian dalaman badan, ia juga boleh berfungsi untuk perbaiki kecantikan luaran anda.

Jom kita semak macam mana kita boleh gunakan minyak kelapa ini dalam rutin kecantikan kita.

1. Rawatan untuk rambut kering dan rosak

Semua orang mungkin tahu cara ini. Asid lemak dalam minyak ini melembutkan rambut dan perangkap kelembapan di dalamnya.

Letakkan sedikit minyak ini di antara kedua-dua belah tapak tangan dan gosok. Sapu ke rambut dari akar sampai hujung. Buat satu bahagian demi satu bahagian dan sikat.

Lagi lama anda biarkan, lagi bagus. Bungkus rambut anda dengan tuala selama 15 minit dan ikuti dengan cucian syampu lembut.

Kalau berani, tidur dengannya (balut rambut dengan shower cap) dan cuci rambut anda pada esok paginya. Gerenti lembut!

2. Penanggal makeup

Minyak ini memang perfect untuk betul-betul menanggalkan maskara kalis air dan makeup yang tebal.

Gunakan kepingan kapas dan sapukan sedikit minyak kelapa padanya. Kemudian gunakannya sebagai makeup remover. Setelah anda “melembutkan” makeup pada muka, cuci dengan cleanser lembut untuk hilangkan kotoran lain.

3. Scrub badan

Foto: Best Coffee Imagefact.co

Campurkan sesudu besar minyak kelapa dengan sesudu besar serbuk kopi. Dah jadi scrub! Ikuti nisbah yang sama apabila anda ingin menghasilkan kuantiti scrub yang lebih banyak. Selain serbuk kopi anda boleh juga gunakan garam laut dan gula.

4. Pelembap badan

Inilah alternatif untuk losyen badan! Walaupun ia berbunyi pelik, minyak kelapa ini adalah cara bagus untuk melembapkan kulit.

Setelah habis mandi, daripada gunakan losyen, sapukan minyak kelapa (satu lapisan nipis saja) untuk mengekalkan kelembapan.

5. Pengawal rambut kerinting

Sama macam teknik nombor 1, minyak kelapa boleh melembutkan rambut yang kerinting supaya ia nampak lebih terurus dan kemas, serta licin dan berkilat.

Foto: Luxe Hair

6. Balm cukur

Sapukan satu lapisan nipis minyak kelapa ke kaki anda sebelum mencukur agar ia memerangkap kelembapan yang sedia ada. Selepas itu kaki anda akan rasa licin seperti kulit bayi.

7. Mask muka

Sedang mencari mask muka yang ringkas dan cepat untuk satu malam? Gabungkan sesudu besar madu dengan sesudu besar minyak kelapa cair. Biarkan selama 15-20 minit.

Pastikan muka anda kering dan bersih sebelum meletakkan campuran tadi di muka. Tunggu selama 10 minit sebelum menyapu bersih muka anda dengan tuala sederhana hangat.

Sumber: Luxy Hair

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Apr 2021

Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Akan Ditutup Jika Tidak Patuh SOP

Walaupun operasi bazar Ramadan pada tahun ini dibenarkan, namun Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertegas akan menutup mana-mana gerai yang beroperasi dalam bazar Ramadan dan Aidilfitri sekiranya gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. Bagi […]

Featured Wed, 1 Mar 2023

Malaysia Pilihan MUSE! Konsert ‘The Will of The People’ Berlangsung Pada 29 Julai 2023

Fuhh power lah Malaysia! Kena cepat-cepat beli sebelum sold out

Featured Thu, 29 Sep 2022

‘Teringin’ Berkahwin Tapi Masih Solo, Sharifah Rose Idam Lelaki ‘Gentleman’ – “Kalau Boleh Bukan Artis Lah”

Rose dah share ciri-ciri lelaki idaman tu 😚 mana tau ada yang nak cuba nasib hehe

Featured Fri, 3 Jun 2022
Featured Fri, 18 Jun 2021

Parlimen Laksana WFH Hingga 28 Jun

Parlimen Malaysia akan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bermula 15 hingga 28 Jun 2021. Perkara itu dimaklumkan menerusi satu pengumuman dalam ciapan twitter Parlimen Malaysia pada Jumaat. BDR yang dilaksanakan selaras dengan pelanjutan tempoh […]

Featured Mon, 21 Mar 2022
Featured Thu, 30 Mar 2023