Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 3, 2022 @ 4:00pm

Petisyen Gugurkan Amber Heard Dalam Filem Aquaman 2 Sasar 6 Juta Tandatangan, Netizen Risau – “Ada Duit Ke Nak Bayar Pampasan?”

Satu petisyen yang mengesa pelakon terkenal antarabangsa, Amber Heard untuk dikeluarkan daripada watak Ratu Mera dalam filem Aquaman 2 tular di ruangan media sosial Twitter semenjak semalam, setelah kes keganasan rumah tangga melibatkan Amber dan bekas suami, Johnny Depp akhirnya selesai.

Difahamkan petisyen ini telahpun bermula pada November 2020 oleh Jeanne Larson dan hanya mencapai sebanyak 1,5 selepas Depp digugurkan sebagai Gellert Grinderwald dalam francaisn filem Fantastic Beasts akibat kontroversinya bersama Heard.

Namun jumlahnya melonjak naik sehingga 4.5 juta tandantangan sehari selepas juri mendapati  Depp menang dalam perbicaraan fitnah bekas pasangan itu.

Sejak mencapai sasaran 4.5 juta awal hari ini (2 Jun), petisyen itu kini telah mengumumkan sasaran baharu sebanyak 6 juta, yang akan menjadikannya salah satu petisyen dalam talian yang ditandatangani teratas di Change.org.

Tinjauan di ruangan Twitter mendapati ramai dalam kalangan netizen yang menyokong petisyen tersebut agar Heard dikeluarkan daripada sekuel DC terkenal itu.

              

Namun, ada juga segelintir daripada netizen yang berpihak pada Heard yang bersimpati dengan nasibnya jika Heard digugurkan kerana dia memerlukan wang tersebut untuk membayar wang pampasan kepada Depp.

Filem Aquaman 2 dijadualkan berada di pawagam pada Mac 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Tak Mahu Dibayangi Drama Nur, Amylea Sedia Tunjuk Taring di AJL-33

Amylea memberitahu tiada sebarang gimik akan dilakukan di pentas AJL 33 nanti.

Featured Tue, 30 Jun 2026

Kecuaian Penulisan Ayat Al-Quran Dalam ‘Wanita Syurga’, Isa Khan Gelar Pasangan Pempengaruh ‘Red Flag’ – “Something Fishy About These Two”

Kata Isa, dia berasa pasangan pempengaruh terbabit sebagai individu yang sering menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet selain menyifatkan kedua-duanya sebagai ‘redflag’.

Hiburan Mon, 15 Dec 2025

PU Amin Bersuara Isu Kelas Agama Cecah Harga Mahal – “Bukan Sekadar Bayaran Kosong Semata-Mata”

PU Amin menyifatkan kelas agama berbayar bukan sekadar bayaran kosong semata-mata

Featured Fri, 10 Jun 2022

[VIDEO] “Seluar Adik Siapa Rembat Tu?” – Kongsi Video Karaoke Tapi Outfit Hawa Rizwana Curi Tumpuan & Dikritik Netizen

Hawa terima teguran dan memohon maaf jika video tersebut menyinggung mana-mana pihak

Featured Fri, 5 Jun 2026

“Tak Adil! Saya Bukan…“ – Imran Ajmain Ambil Langkah Berdiam Diri, Tak Baca Komen

“Saya seorang individu yang kuat, personaliti saya kuat dan tak cepat melatah” – Imran Ajmain

Hiburan Sun, 2 Sep 2018

Sebab Ariana Grande, Majlis Pengebumian Bertukar Kecoh?

Biskop Charles H. Ellis III bagaimanapun memohon maaf dengan mengatakan beliau tidak sedar tindakan ‘terlebih mesra’ pada majlis itu.

Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Featured Sun, 6 Jun 2021

SPM 2021 Ditunda Pada Mac Tahun Depan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk melaksanakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada Mac tahun depan. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pengalaman menguruskan SPM 2021 membolehkan kementerian menganjakkan peperiksaan itu. “Ujian […]

error: Content is protected !!