Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain June 2, 2022 @ 10:39am

Johnny Depp Menang Kes Saman Fitnah RM65.7 Juta – “Juri Beri Kehidupan Saya Semula…”

Pelakon Johnny Depp akhirnya menang kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard selepas enam minggu perbicaraan.

Juri yang bersidang di Mahkamah Circuit Fairfax Country memutuskan pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65.7 juta) hari ini.

Memetik laporan NBC News, Depp dibayar AS$10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif.

Namun, juri juga membuat keputusan Heard dibayar pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta) menerusi perbicaraan penuh kontroversi yang membabitkan pelbagai saksi dan bintang terkenal Hollywood itu.

Menurut agensi, barisan juri mula memperhalusi dan membahaskan keterangan dikemukakan saksi kes saman Depp terhadap Heard sejak Jumaat lalu.

Terdahulu, Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard atas penulisannya untuk kolum Washington Post dengan tuntutan ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta).

Sementara itu, Heard yang juga pelakon filem Aquaman, membalas dengan memfailkan saman atas dakwaan Depp menyebabkan dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ serta menuntut AS$100 juta (RM437.8 juta).

Namun, Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa wanita itu yang sering bertindak ganas.

Menerusi perkongsian di Instagram, Depp turut meraikan kejayaan memenangi kes saman malu itu dengan memuat naik sebuah kenyataan tentang perkara yang dilaluinya.

“Enam tahun lalu, hidup saya dan anak-anak termasuk mereka yang rapat dengan saya, juga mereka yang selama ini menyokong dan mempercayai saya, berubah sama sekali.

“Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Tuduhan jenayah yang palsu dan serius dikenakan terhadap saya melalui media. Ini mencetuskan kebencian ramai yang berterusan biarpun tiada dakwaan dibuat ke atas saya.

“Perkara ini memberi impak terhadap kehidupan dan karier saya. Enam tahun kemudian, juri beri kehidupan saya semula… Saya sangat rendah diri,” katanya yang tersentuh dengan sokongan dan kasih sayang peminat sepanjang perbicaraan berlangsung.

Pelakon yang pernah memegang watak sebagai Jack Sparrow itu berharap usaha yang dilakukan bagi memulihkan maruahnya membantu insan lain yang mungkin berdepan situasi sama.

Depp turut berterima kasih kepada hakim, juri, kakitangan mahkamah dan semua pihak lain termasuk barisan peguam yang menjalankan tugas yang terbaik untuk membantunya menegakkan kebenaran.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Erma Fatima Impi Mak Cun Ke Layar Lebar

Saya juga memasang impian untuk membawa drama Mak Cun ke filem atau animasi pula selepas ini. Doakan, semuanya masih dalam perancangan. Insha Allah, kalau ada rezeki boleh kita tengok Mak Cun di panggung wayang pula!

Featured Thu, 15 Mar 2018

Diberi Jolokan Maldives Indonesia, Pulau Derawan Buat Anda Enggan Pulang!

Pulau yang terkenal dengan jolokan Maldives Indonesia itu, sememangnya sebuah pulau yang mempesonakan dengan pesisiran serta kehidupan laut yang berbagai.

Featured Fri, 3 Apr 2020

Koleksi jubah dan abaya artis, mana paling cantik?

Persalinan yang selesa dan cantik

Events Wed, 24 Apr 2019

「马来西亚音乐周」齐集本地品牌和唱作人!推广本地原创好音乐

「马来西亚音乐周」齐集本地品牌和唱作人!长达7天的音乐活动获旅游部支持,冀增加本地品牌今年的额外收入5000万令吉。

Featured Mon, 18 May 2020
Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Featured Mon, 21 May 2018
Events Sat, 31 May 2025

Guru & ‘Abang Wiring’ Didenda RM5,000… Mengaku Bersalah Terpalit Skandal S*ks

Mengambil kira pengakuan tertuduh, fakta berlaku perbuatan zina seperti yang diakui.

Trending Sat, 7 Dec 2019

Berjasa Sampai Hujung Nyawa, Sedekah 1500 Kampit Beras

Ini Permintaan Terakhir Cikgu Ghani . Al-Fatihah

error: Content is protected !!